Tak Perlu Sedia Penginapan Percuma

SEPANG, 25 Julai – Lembaga Tabung Haji (TH) menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pihaknya menarik balik kemudahan penginapan percuma bagi jemaah transit yang disediakan sebelum ini.

Pada sidang media di Kompleks TH Sepang di Selangor  Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal haji yang memilih untuk berlepas dari KLIA hanya perlu melapor diri di Kompleks TH Sepang empat jam sebelum masa berlepas.

Bagaimanapun, jelas beliau Hotel Movenpick yang beroperasi di sebelah kompleks menyediakan bilik penginapan dengan kadar diskaun khas untuk bakal haji dan waris yang memilih untuk datang lebih awal daripada tarikh dan waktu melapor diri yang ditetapkan.

Selain itu, Datuk Seri Syed Saleh berkata, pihaknya menolak dakwaan yang merujuk kepada gambar yang viral di media sosial menunjukkan suasana padat di Kompleks TH sebagai pusat gelandangan juga adalah tidak tepat atau berasas.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top