Tahap Kesejahteraan Penjawat Awam Sederhana

PUTRAJAYA, 9 Oktober – Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) menunjukkan tahap kesejahteraan atau psikologi penjawat awam sebagai sederhana.

Ketika berucap merasmikan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-23, di Putrajaya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah berkata hasil kajian fasa pertama terhadap penjawat awam pada Ogos lepas mendapati nilai komposit indeks kesejahteraan psikologi penjawat awam adalah pada kadar 6.9 daripada skala maksimum 10.

Berikutan itu, beliau mahu ketua-ketua jabatan lebih peka dalam menangani situasi pegawai dan kakitangan dengan memastikan mereka menjaga kesejahteraan fizikal, spiritual serta emosi selain membentuk budaya positif bagi meningkatkan prestasi organisasi.

Dalam pada itu, Datuk Borhan juga mahu perkhidmatan kaunseling dalam konteks komuniti diperkasa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top