Tentera Israel ‘Giat’ Tahan Kanak-Kanak Palestin

RAMALLAH, 1 April – Tentera rejim Zionis dilapor semakin ‘buas’ menahan kanak-kanak Palestin berusia bawah umur 12 tahun di Tebing Barat dan pemandangan itu sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini. CNN melaporkan bahawa  rejim Zio­nis tanpa rasa bersalah menyerbu sekolah Palestin sehingga mengakibatkan kanak-kanak terjejas mengalami kesukaran di sekolah dan berisiko tercicir pelajaran mereka....

Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

GAZA CITY, 7 Mac – Seorang remaja Palestin terbunuh ditembak dalam pertempuran terbaru bersama rejim Zionis di sepanjang sempadan Gaza malam tadi. Jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al Qudra berkata, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Saif Al Deen Abu Zeid, 15 meninggal dunia akibat kecederaan dialami di timur Gaza, beberapa jam lalu. Beliau mengesahkan bahawa...

Zionis Rancang Tekan Banduan Palestin

BAITULMUQADDIS, 3 Januari – Rejim Israel melalui satu pelan yang disifatkan keterlaluan merancang untuk ‘memburukkan’ keadaan banduan Palestin di penjara-penjara di Israel termasuk mengehadkan bekalan air selain mengurangkan jumlah kunjungan ahli keluarga. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan yang menegaskan pelan itu akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat sebaik sahaja diluluskan...

Israel Bedil 20 Sasaran Di Genting Gaza

TEL AVIV, 17 Oktober – Tentera rejim Zionis membedil kira-kira 20 ‘sasaran ketenteraan’ di Genting Gaza, awal pagi tadi kononnya sebagai  serangan balas  terhadap roket yang dilancarkan dari wilayah itu. Serangan udara itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan beberapa penduduk Palestin dilaporkan cedera. Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, serangan balas itu dilancarkan selepas salah...

Zionis Kejam Tutup Sempadan Gaza Sebelum Aidiladha

BAITULMAQDIS, 19 Ogos – Israel  menutup satu-satunya lintasan sempadan dengan semenanjung Gaza kecuali untuk kes kemanusiaan, selepas pertempuran di sempadan. Ia adalah tindakan mengetatkan sekatan terbaharu di wilayah Palestin yang terkepung itu walaupun usaha mengadakan gencatan senjata antara kedua-dua pihak sedang diusahakan. Tindakan itu mungkin menghalang penduduk Gaza bergerak menerusi lintasan sempadan terbabit untuk...

Zionis bersiap runtuhkan kampung penduduk Palestin

KHAN AL-AHMAR, 3 Julai – Penduduk dan aktivis hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan Zionis merobohkan sebuah perkampungan Beduin di kawasan strategik Tebing Barat tanpa menghiraukan gesaan komuniti dunia supaya semua pihak mengelak provokasi. Aktivis berkata, tentera Israel mengeluarkan satu waran kepada 173 penduduk Khan al-Ahmar, dengan memberi kuasa untuk mengepung jalan ke perkampungan...

Zionis Bedil Puluhan Roket Ke Gaza

GENTING GAZA, 30 Mei – Rejizm Zionis Israel hari ini melancarkan siri serangan balas udara menyasarkan Gaza selepas pejuang Palestin melepaskan tembakan roket ke arah mereka. Jet rejim Zionis membedil 35 kedudukan Pergerakan Hamas dan kumpulan Jihad Islam. Serangan itu dibuat selepas tentera rejim mendakwa pejuang Palestin di Gaza membedil dengan rentetan tembakan roket...

Umat Islam kembali solat di Masjidil Aqsa

JERUSALEM, 28 Julai – Beribu-ribu umat Islam keluar ke jalan-jalan raya dan di sekitar Masjid Al-Aqsa selepas rejim Zionis membuka sekatan dan menanggalkan peralatan pengawasan yang dipasang di masjid itu, malam tadi. Serentak itu, Jabatan Wakaf Masjid Al-Aqsa mengeluarkan kenyataan menarik balik pemboikotan dan membenarkan umat Islam menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa. Pegawai jabatan...

Scroll to top