Konsep Maqasid Syariah Diangkat Jadi Dasar Negara

PUTRAJAYA, 7 Januari – Konsep Maqasid Syariah akan diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran negara, dengan kertas kabinet mengenainya akan dibentangkan kepada jemaah menteri. Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Warga Agensi Agama di Kompleks Islam di Putrajaya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, usaha asas memperkenalkan Maqasid...

Sultan Selangor Berkenan Rasmi Syarikat Demi Idaman

KUALA LUMPUR, 17 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli bagi merasmikan operasi syarikat Demi Idaman Sdn.Bhd. yang menguruskan perniagaan berasaskan tempaan dan carikan emas berkualiti tinggi. Pada majlis tersebut, baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melakukan gimik pelancaran dan juga menandatangani plak perasmian sebagai simbolik operasi...

Garis panduan tadbir urus institusi Islam akan diperkenal

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Jawatankuasa Tadbir Urus YaPEIM dijangka memperkenalkan garis panduan tadbir urus institusi Islam tahun depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia mempunyai garis panduan itu jika ia dilaksanakan. Beliau berkata, jawatankuasa terbabit dianggotai mereka yang mempunyai kepakaran...

3,000 penyumbang YaPEIM tarik diri

KOTA BAHARU, 23 November – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan. Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang...

Program M2M bantu masjid, surau yang terjejas banjir

PUTRAJAYA 11 Feb. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini melancarkan program komuniti Mosque To Mosque (M2M) bagi membantu membaik pulih serta mengimarahkan semula masjid dan surau di negeri-negeri terjejas akibat banjir tahun lalu. Usaha tersebut yang melibatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu...

Scroll to top