Penerbangan Terus Jemaah Umrah Dari Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 November – Jemaah umrah dari negeri di Pantai Timur khususnya Terengganu bakal menikmati penerbangan terus ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu  tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata beberapa perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat pengendali umrah menampakkan perkembangan...

MATTA Jangka 5,000 Jemaah Tunai Umrah Pada Awal Musim

KUALA LUMPUR, 5 September – Dijangka 5,000 jemaah dari Malaysia bakal mengerjakan ibadah umrah pada peringkat permulaan berikutan pembukaan musim itu yang lebih awal oleh kerajaan Arab Saudi. Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Akil Mohd Yusof berkata ini berikutan jemaah umrah mempunyai pilihan satu bulan lebih awal iaitu September berbanding Oktober, untuk...

Arab Saudi Sekali Lagi Umum Musim Umrah Diawalkan Mulai Muharram

KUALA LUMPUR, 3 September – Kerajaan Arab Saudi pada hari ini mengumumkan musim umrah bagi tahun baharu 1440H akan dimulakan lebih awal iaitu pada bulan Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Hijrah yang akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia dalam masa kurang daripada 10 hari lagi. Inilah kali kedua sejak tahun lepas, Arab Saudi menetapkan permulaan musim Umrah di bulan Muharram berbanding tahun-tahun sebelumnya yang biasanya bermula pada bulan Safar, iaitu bulan kedua dalam kalendar Hijrah. Akhbar harian berbahasa Arab Saudi “Okaz” yang memetik kenyataan Kementerian Haji dan...

Arab Saudi Sasar Keselesaan 4.5 Juta Jemaah Guna Sistem Elektronik Pada 2030

MAKKAH, 31 Julai – Kerajaan Arab Saudi menyasarkan perjalanan haji dan umrah yang lebih selesa tanpa sebarang kegusaran apabila pengendalian jemaah umrah dan haji yang dijangka mencecah  4.5 juta orang pada 2030  dilakukan secara elektronik sepenuhnya. Demikian menurut Menteri Haji dan Umrah Dr Mohammad Saleh bin Taher Benten. Sambil menegaskan keazaman kerajaan negara itu untuk memudahkan jemaah mendapat perkhidmatan sebaik mungkin dalam bidang kesihatan, keselamatan, pengangkutan dan tempat tinggal, beliau berkata ini selari dengan Visi 2030 Arab Saudi  yang diperkenalkan oleh Putera Mahkota Mohammed...

Caj Baharu Visa Haji, Umrah Diketahui Selepas Terima Maklumat Rasmi Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Kadar baharu caj visa bagi menunaikan haji dan umrah di Tanah Suci akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia menerima maklumat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. Pengerusi Lembaga Tabung Haji  berkata selepas mendapat laporan rasmi itu, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan semua agensi pelancongan yang mengendalikan perkhidmatan umrah...

Scroll to top