MAIPs Sambut Baik Cadangan Pemegang Taruh, Tingkat Prestasinya

PADANG BESAR, 7 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyambut baik cadangan oleh pemegang taruh bagi mempertingkatkan prestasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) pada masa hadapan. Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, cadangan-cadangan yang dikemukakan mesti berupaya menambah baik aspek pengagihan, pengurusan selain usaha untuk mengenalpasti asnaf. Tuanku...

MAIPS Dijangka Beroperasi Di Kompleks Sendiri Pada 2021

KANGAR, 11 Februari – Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Jalan Pegawai di sini yang dijangka siap dan beroperasi menjelang penghujung 2021 diyakini dapat meningkatkan komitmen MAIPs dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada umat Islam. Selepas berkenan berangkat merasmikan majlis pecah tanah projek itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah prasarana kompleks yang lengkap akan lebih memudahkan umat Islam berurusan...

MAIPS Laksana Inisiatif Ilmu Bersama DBP

LODZ (Poland), 22 November – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melakar kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melaksanakan beberapa inisiatif ilmu melalui pemerkasaan Bahasa Melayu. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah bahawa antara yang telah dilaksanakan ialah Program Kembara Titah dan Majalah Dalam Kelas untuk semua sekolah agama di Perlis....

Raja Muda Perlis Mahu Masyarakat Utamakan Perbankan Islam

KANGAR, 8 November – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta masyarakat mengutamakan sistem perbankan Islam kerana mematuhi kehendak agama dalam urusan perbankan mereka. Semasa merasmikan Seminar Kesedaran Zakat Wakaf dan Muamalah Islam peringkat negeri Perlis 2018 di Kangar, Perlis, Baginda bertitah sistem tersebut bebas daripada riba yang bertentangan dengan hukum Islam serta...

MAIPS Sumbang RM15,000 Untuk Tabung Ibnu Sabil

ISTANBUL, 4 Oktober – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini menyumbangkan sebanyak RM15,000 untuk Tabung Ibnu Sabil bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan di bandar Istanbul, Turki. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada Pengarah Tourism Malaysia di...

MAIPS Sumbang RM20,000 Bantu Mangsa Tsunami Di Palu, Indonesia

SEPANG, 30 September – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 bagi membantu mangsa gempa bumi serta tsunami di Palu, Sulawesi Tengah,  Indonesia. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menghadiri pertemuan ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Serdang, Selangor  bagi menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Baitul Maal...

Penetapan Hukum, Fatwa Perlu Timbang Realiti Masyarakat

PUTRAJAYA, 13 September – Penentuan sesuatu hukum atau fatwa di negara ini perlu mengambil kira realiti masyarakat Malaysia bagi memastikan objektifnya tercapai. Ketika merasmikan seminar Fiqh Al-Waqi’ (Fiqh Realiti) di Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah berfatwa atau mengeluarkan hukum adalah proses sukar yang memerlukan kemahiran serta pemikiran mendalam bagi memastikan keputusan yang...

Kementerian Pendidikan Disyor Kaji Insentif Galakkan Guru Bersemangat Ke Sekolah

KANGAR 3 September – Kementerian Pendidikan disyorkan supaya melakukan kajian untuk memberi insentif dan galakan kepada para guru untuk memotivasikan lagi golongan itu hadir ke sekolah pada setiap hari. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara yang boleh dilakukan ialah memberi kelebihan masa rehat atau cuti, prasarana yang baik atau mewujudkan...

Raja Muda Perlis Pelawa Masyarakat Bukan Islam Ke Masjid

KANGAR, 19 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa masyarakat bukan Islam berkunjung ke masjid di negeri itu bagi membolehkan mereka mengenali Islam dengan lebih dekat. Justeru,  Baginda bertitah pintu masjid di Perlis khususnya, sentiasa terbuka untuk semua termasuk orang bukan Islam. Baginda  bertitah demikian selepas merasmikan Kempen Ziarah Masjid...

Imarahkan masjid sebagai pusat sehenti – Raja Muda Perlis

KANGAR, 22 Jun – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar semua masjid dan surau dapat diimarahkan sebagai pusat sehenti seperti mana yang diamalkan pada era kegemilangan Islam dahulu. Baginda bertitah suatu ketika dahulu masjid menjadi pusat untuk pelbagai aktiviti termasuk mengadakan musyawarah mengenai hal pentadbiran negara. “Selain itu, masjid juga...

Scroll to top