Aset Yang Dipindahkan Dari TH Ke SPV Tidak Dicairkan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam bahawa Aset bernilai RM19.9 bilion yang dipindahkan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) tidak dicairkan. Mengulas lanjut  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata SPV berperanan untuk menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset tersebut melalui strategi...

492 Jemaah Terakhir Tiba Di KLIA

PUTRAJAYA, 26 September – Kumpulan terakhir seramai 492 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, Selangor. Lembaga Tabung Haji (TH), dalam kenyataan, berkata penerbangan FLYNAS XY7710 yang membawa kumpulan terakhir itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah dan tiba di tanah air awal pagi semalam. Susulan ketibaan kumpulan terakhir tersebut, TH telah menamatkan operasi bagi musim haji 1439H/2018M. Menurutnya, operasi haji pada tahun ini telah menggunakan sebanyak 81 penerbangan sewa khas yang membabitkan 40 pesawat Malaysia Airlines dan 41 pesawat Flynas....

Pendeposit TH Dinasihatkan Aktif Akaun

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan pemilik akaun TH yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh tahun untuk mengaktifkan akaun masing-masing sebelum 9 Jun ini bagi mengelakkan akaun tersebut dipindahkan ke kumpulan Akaun Tidak Aktif. Menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji, akaun-akaun yang tidak aktif tidak akan menerima sebarang Agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai tahun ini. Inisiatif  tersebut sebagai langkah keselamatan dan melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan. Menurut kenyataan  tersebut lagi , para pendeposit boleh mengaktifkan akaun...

TH Terima Surat Peletakan Jawatan Abdul Azeez

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan penerimaan surat peletakan jawatan Pengerusi TH Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Mei 2018. Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH di Kuala Lumpur pada  hari ini. Datuk Seri Panglima Abdul...

Malaysia Hargai Kerjasama Baik Kerajaan Arab Saudi Lancarkan Urusan Haji

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Malaysia menghargai kerjasama baik kerajaan Arab Saudi dalam melancarkan pelbagai urusan berkaitan operasi haji bagi musim 1437 Hijrah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama itu, membantu dalam melicinkan urusan operasi haji selain jemaah dapat beribadat dengan selesa dan sempurna. “Setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta...

Tabung Haji Lancar Program Iqra

KUALA LUMPUR 9 Nov – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini melancarkan Program Iqra iaitu satu program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu para pelajar dalam kalangan asnaf dari seluruh negara mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Program tersebut dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Kompleks Darul Kifayah...

Tabung Haji Bakal Peruntuk Subsidi Haji Lebih Tinggi Bagi 2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memperuntukkan jumlah subsidi yang lebih tinggi untuk musim haji tahun hadapan bagi mengurangkan kos haji yang dijangka semakin meningkat. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah berkata faktor-faktor pemboleh ubah seperti peningkatan dalam harga tambang penerbangan, penginapan jemaah haji dan juga...

Scroll to top