Kira-Kira 590 Sekolah Daif Di Sabah Akan Dinaik Taraf Secara Berperingkat

KOTA KINABALU, 6 Januari – Kira-kira 590 sekolah daif di Sabah akan dinaik taraf secara berperingkat bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan. Menurut  Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob, jumlah itu adalah sebahagian daripada 707 sekolah daif dikenal pasti di Sabah yang memerlukan pembaikan berikutan struktur bangunan kayu atau usang manakala 120 sekolah daif telah dinaik taraf pada...

Tidak Berlaku Lambakan Pelajar Di Sekolah Harian

PUTRAJAYA, 2 Januari – Dasar kerajaan yang memberi keutamaan penempatan golongan kumpulan berpendapatan rendah (B40) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tidak akan menyebabkan lambakan pelajar di sekolah harian biasa. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP dengan membantu pelajar berpotensi golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu untuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti. Dr...

Pelajar Sekolah Terlibat Dadah Perlu Jalani Program Pemulihan Dan Pencegahan

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta supaya tindakan mengadakan saringan penyalahgunaan dadah terhadap pelajar sekolah turut diisusuli dengan program pemulihan dan pencegahan. Presidennya Kamarozaman Abdul Razak berkata program pemulihan dan pencegahan itu perlu melibatkan mereka yang bergaul dengan pelajar berkenaan di luar waktu sekolah termasuk keluarga dan rakan sebaya, kerana...

Pentaksiran Murid Tahun 1, 2, 3 Tumpu Perkembangan Pelajaran

PUTRAJAYA, 4 November – Bermula pada tahun depan, bentuk pentaksiran bagi murid tahun satu, dua dan tiga (tahap satu) akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran dan tidak lagi berorientasikan peperiksaaan. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dalam kenyataan hari ini berkata pentaksiran alternatif itu merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan...

'Jangan lindungi pelajar pembuli'

PADANG TERAP, 21 Jun – Kementerian Pendidikan mengulangi peringatan supaya sekolah segera melaporkan kes pelajar bermasalah terutama membabitkan kes buli kepada polis. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kes buli kebelakangan ini mula membabitkan aspek fizikal seperti tendang dan pukul, malah ada yang menggunakan kayu serta senjata untuk mencederakan mangsa. “Saya kerap minta pengurusan...

1,489 guru mohon tukar sekolah

KUALA TERENGGANU, 23 Mei – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menerima sebanyak 1,489 permohonan pertukaran guru sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri, tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi negeri, A Latiff Awang, berkata sebanyak 468 permohonan membabitkan kategori guru duka lara dan 44 lagi permohonan pertukaran disebabkan kenaikan pangkat. Katanya,...

Kerjasama sekolah, PDRM penting banteras buli

KUALA LUMPUR, 11 April – Pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan kerjasama dalam penganjuran kempen anti buli bagi membanteras masalah itu yang semakin serius di kalangan pelajar. Kerjasama di antara kedua-dua pihak itu berupaya membuahkan impak besar terutama membabitkan pelajar yang pernah terjebak sebagai pembuli atau menjadi mangsa buli. Perunding Psikologi Kanak-kanak,...

Sekolah satu aliran penggerak utama pupuk perpaduan – Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 21 September – Sekolah satu aliran perlu menjadi keutamaan kerajaan ketika ini sebagai penggerak utama bagi memupuk perpaduan kaum,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Beliau berkata, langkah sedemikian perlu bagi memastikan usaha membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini dapat dicapai dan dipertahankan. Sambil...

Kementerian Pendidikan Nafi Berita Palsu Sesi Sekolah Tangguh Sebulan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menafikan penyebaran berita palsu yang disebarkan di media sosial kononnya mengatakan penangguhan sesi persekolahan adalah selama sebulan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah hanya seminggu. “Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari ini (Ahad) dan...

Scroll to top