Jawatankuasa Masjid Melaka Pertama Laksana IBR

MELAKA, 25 Mac – Lebih 500 ahli jawatankuasa masjid di Melaka berikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sekali gus menjadi institusi ibadah negeri pertama melaksanakan inisiatif berkenaan. Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata inisiatif itu dilaksanakan berikutan ahli jawatankuasa masjid juga terbabit dengan beberapa isu termasuk kewangan dan pentadbiran. Beliau berkata demikian kepada media...

Mahkamah Khas Rasuah Ditubuh Tumpu Kes Rasuah

PUTRAJAYA, 19 Mac – Mahkamah khas rasuah dicadang untuk ditubuhkan bagi memastikan kes-kes rasuah diberi masa dan penekanan oleh mahkamah yang tertumpu untuk kes tersebut. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang bermesyuarat hari ini memutuskan cadangan penubuhan mahkamah khas itu berikutan perbicaraan kes-kes rasuah dianggap...

Malaysia Naik Satu Anak Tangga Indeks Persepsi Rasuah 2018

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-61 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018, berbanding tempat ke-62 pada tahun lepas. Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar, bagaimanapun berkata Malaysia berjaya mengekalkan skor 47 daripada 100 mata dalam tinjauan dilakukan CPI pada tahun lepas. Ujar beliau  Malaysia berada...

Malaysia Rugi RM47 Billion Daripada KDNK Disebabkan Rasuah Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Malaysia mengalami ‘kerugian’ RM47 billion daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) sepanjang tahun lepas disebabkan gejala rasuah. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata amaun yang hampir sama, yakni nilai sekitar empat peratus daripada KDNK dicatatkan hilang disebabkan rasuah setiap tahun sejak 2013 menurut Transparency International Malaysia. Beliau menyatakan perkara itu semasa menyampaikan ucaptama di forum United Against Corruption: Anchoring Anti-corruption In Good Governance Forum, di Kuala Lumpur...

PBT Harus Patuhi Manual Kerja, Aliran Kerja Bagi Elak Rasuah

PUTRAJAYA, 10 Disember – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus mematuhi manual kerja, fail meja dan aliran kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan bagi mengelakkan kejadian rasuah. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana sistem pentadbiran yang diperkenalkan untuk memudahkan pentadbir-pentadbir menjalankan tugas mereka secara cekap serta tidak terlalu kompleks. Berucap pada...

Selitkan Pendidikan Antirasuah Dalam Buku Teks

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia (MCPF) mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) supaya memasukkan pendidikan antirasuah dalam matapelajaran agama dan pendidikan moral. Dalam satu kenyataan Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, unsur pendidikan antirasuah wajar diperkenalkan bermula Tahun Lima agar sejak kecil lagi, pelajar sudah membenci rasuah, sama seperti mereka dididik supaya membenci dadah. Tan Sri Lee juga berkongsi laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunjukkan peningkatan kecenderungan dalam kalangan mahasiswa untuk menerima...

Orang Ramai Disaran Berganding Bahu Perangi Rasuah

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak setiap orang agar berganding bahu membantu kerajaan memerangi gejala rasuah. Justeru beliau berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk melaporkan kes rasuah kepada pihak berkuasa, dengan memberi jaminan bahawa langkah mereka itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Dalam ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 di Kuala Lumpur Tun Dr Mahathir  juga menekankan akan kepentingan dan kerjasama orang ramai dalam membasmi rasuah adalah amat penting memandangkan kerajaan bergantung kepada orang ramai untuk membantu mereka mengenai sebarang amalan rasuah yang mungkin menjejaskan...

Indeks Rasuah Global: Malaysia Berada Di Kedudukan Terburuk

PEKAN, 24 Oktober – Malaysia menduduki tempat ke-62 daripada 180 negara, dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017. Presiden Transparancy International Malaysia, (TI-M), Datuk Sri Akhbar Satar berkata, ranking tersebut menunjukkan kemerosotan tujuh tangga berbanding kedudukan ke 55 pada 2016 dan 52 pada 2015. Menurutnya, ini bermakna Malaysia sedang berada di paras terburuk negara sejak...

Rasuah Dibanteras Dengan Pertukaran Kerajaan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditangani oleh kerajaan baharu  sehingga masyarakat kini sudah kurang bercakap mengenainya. Justeru,menurut Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ini kerana orang ramai termasuk syarikat dan peniaga sekarang boleh berurusan dengan kerajaan tanpa melibatkan elemen rasuah. Tun Dr Mahathir turut menyifatkan usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kepada kejayaan yang besar serta  menegaskan bahawa  jentera pentadbiran kerajaan juga telah dibersihkan daripada pegawai-pegawai yang didapati tidak...

Scroll to top