Anugerah Awam Tertinggi Pakistan Buat Dr Mahathir

ISLAMABAD, 20 Mac – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan anugerah awam tertinggi Pakistan, ‘Nishan-e-Pakistan’ atau Order of Pakistan, semasa lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu. Anugerah itu diberikan atas sumbangan Dr Mahathir kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Ikram Mohammad Ibrahim...

Arab Saudi Meterai Lapan Perjanjian Dengan Pakistan Bernilai US$20 Bilion

RIYADH, 18 Februari – Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud pada Ahad telah memeterai lapan perjanjian dengan Pakistan bernilai US$20 bilion. Demikian menurut agensi berita China Xinhua memetik Al Arabiya TV. Antaranya berkaitan kilang penapisan kendalian syarikat Aramco milik Arab Saudi di pelabuhan Gwadar, Pakistan yang merupakan satu daripada kilang penapisan terbesar di dunia, bernilai...

Tentera Jangan Campur Urusan Politik – Mahkamah Agung Pakistan

ISLAMABAD, 6 Februari – Mahkamah tertinggi Pakistan memberi amaran kepada tentera dan agensi risikan, semalam, supaya tidak melampaui mandat dan campur tangan dalam hal politik. Peringatan itu dilihat sebagai sindiran terhadap cara tunjuk perasaan pro Islam pada 2017 dikendalikan. Bagaimanapun, tentera menafikan tuduhan terbabit. Mahkamah Agung menyiasat tunjuk perasaan Faizabad yang menyaksikan kumpulan pro...

Imran Khan Berjanji Baik Pulih Ekonomi Pakistan

ISLAMABAD, 20 Ogos – Perdana Menteri baharu Pakistan, Imran Khan berjanji akan melaksanakan beberapa langkah bagi tujuan membaik pulih keadaan ekonomi negara tersebut yang kini disifatkan kritikal. Dalam ucapan sulung selepas menjawat jawatan tertinggi itu, Imran melihat antara perkara utama termasuk belanjawan kerajaan wajar dikurangkan. Ucapan beliau turut menyentuh mengenai jurang golongan kaya dan...

22 Maut, Lebih 20 Cedera Serangan Pengebom Bunuh Diri Pada Hari Mengundi Di Pakistan

ISLAMABAD, 25 Julai – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh sementara lebih 20 lagi cedera dalam serangan bunuh diri, berhampiran pusat pengundian di bandaraya barat daya Quetta, Pakistan pada Rabu. Ketua Polis bandaraya itu berkata, seorang pengebom bunuh diri yang menunggang motosikal menyerang sebuah kenderaan polis, sebelum meletupkan dirinya berhampiran pusat pengundian di timur Quetta, di barat...

Pilihan raya umum Pakistan dijadual 25 Julai

ISLAMABAD, 28 Mei – Pakistan bakal mengadakan pilihan raya umum pada 25 Julai ini, yang kedua selepas pilihan raya pertama pada 2013. Ketika ini, jawatan perdana menteri disandang oleh Shahid Khaqan (Khahan) Abbasi yang mewakili parti Liga Muslim-Nawaz Pakistan (PML-N), selepas bekas perdana menteri, Nawaz Sharif disingkirkan berikutan keputusan mahkamah atas tuduhan rasuah dan...

Scroll to top