Tiada Kesan Adib Ditarik Keluar Secara Paksa

SHAH ALAM, 26 Mac – Seorang pakar perubatan forensik berkata tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa daripada van bomba dinaikinya dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lepas. Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, dari Hospital Kuala Lumpur...

Arwah Meracau Pada Malam Kejadian Semasa Di IJN

SHAH ALAM, 21 Mac – Bapa anggota bomba, arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa anaknya  meracau semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara  (IJN) selepas kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 Nov lepas. Mohd Kassim, 64, seorang petani berkata...

FRU Terima Arahan ‘Standby’ Daripada

SHAH ALAM, 20 Mac – Mahkamah Koroner di Shah Alam Selangor  diberitahu  bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menyuraikan perusuh dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November lepas kerana pasukan itu mendapat  arahan untuk bersiap sedia sahaja. Pegawai Penjaga Unit 1A FRU, ASP Shuhaimi Yaakub berkata mengikut prosedur operasi standard...

Inkues Adib: Saksi Kata Mangsa Dihimpit Van EMRS

SHAH ALAM, 19 Mac – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyaksikan perkembangan terbaharu, apabila seorang saksi warga Pakistan berkata anggota bomba itu jatuh selepas dihimpit van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki oleh Allahyarham dan sebuah kereta. Budd Mohsin, 24, berkata mangsa jatuh terlentang selepas dihimpit pada...

Zuraida Hadir Prosiding Inkues

SHAH ALAM, 18 Februari – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hadir ke Mahkamah Koroner di sini hari ini untuk mendengar prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau dilihat mengikuti perkembangan prosiding inkues itu yang bermula 10.30 pagi di ruang galeri mahkamah berkenaan. Zuraida kemudian meninggalkan...

Adib Berada Dalam Van EMRS Ketika Jentera Undur

SHAH ALAM, 11 Februari – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu bahawa Allahyarham berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) berundur apabila diserang sekumpulan orang awam. Pegawai ‘medic’ yang juga pemandu van EMRS, Ahmad Shahrill Othman berkata ketika...

Jenazah Adib selamat dikebumikan

ALOR SETAR, 18 Disember – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah. Jenazah Allahyarham Muhammad Adib selesai dikebumikan pada pukul 1.50 petang dengan dihadiri kira-kira 1,000 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk yang memberikan penghormatan terakhir. Terdahulu jenazah yang...

Anggota Bomba Muhammad Adib Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan disebuah kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi. Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN yang terletak di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid...

Scroll to top