Hotel Di Makkah Terbakar

MAKKAH, 18 Februari – Sebuah hotel di Mekkah dilaporkan terbakar dalam satu insiden dipercayai berlaku pada pagi tadi. Laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan bahawa kejadian disyaki berlaku pada jam 11.40 pagi (waktu tempatan) membabitkan sebuah hotel, yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar. Bagaimanapun, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal...

Makkah “Diserang” Ribuan Cengkerik

MAKKAH, 9 Januari – Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu. Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat. Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah...

Keretapi Laju Hubungkan Makkah Dan Madinah Beroperasi Selepas Musim Haji Tahun Ini

JEDDAH, 17 Julai – Keretapi berkelajuan tinggi Harmain yang menghubungan dua kota suci Makkah dan Madinah, dengan  memendekkan waktu perjalanan daripada enam kepada dua jam setengah, dijangka beroperasi sepenuhnya selepas musim Haji tahun ini. Penyelia Operasi dan Penyelenggaraan, Stesen Bandar Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) Saleem Mohammed Amin Bakash berkata perkhidmatan keretapi laju itu yang...

Seorang Cedera Kren Tumbang Di Masjidil Haram

RIYADH, 21 Mei – Seorang pekerja cedera selepas sebuah kren tumbang di kawasan pembinaan di Masjidil Haram, Makkah. Demikian dilaporkan oleh  agensi berita Xinhua, memetik portal berita Sabq. Menurut catatan Twitter pihak berkuasa Makkah, kejadian itu berlaku di kawasan yang jauh dari laluan para jemaah dan pelawat. Pada tahun 2015,  dunia dikejutkan dengan tragedi...

Hentikan serangan ke Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap serangan peluru berpandu ke atas Makkah oleh puak Houthi Yaman, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jemaah haji. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia akan bekerjasama selain menyokong penuh tindakan diambil Arab Saudi dalam memastikan keselamatan kota suci itu. Katanya, Malaysia tidak mahu mana-mana...

Upacara Bersihkan Kaabah Hari Ini

MAKKAH, 17 Okt – Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid utama, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, demikian menurut media tempatan. Putera Khaled bersama pembesar negara akan membersihkan dinding di bahagian dalam Kaabah dengan menggunakan kain yang dicelup ke dalam campuran air Zamzam dan...

Hampir 200,000 warga Teluk Arab dilarang masuk ke Makkah

MANAMA, 6 Sept – Sejumlah 188,747 warga dari negara Teluk Arab yang merancang menunaikan haji tidak dibenarkan memasuki Makkah dan diarah pulang kerana tidak memiliki permit, kata Ketua Polis Makkah, semalam. Kolonel Saeed Salem Al Qarni berkata, sebanyak 84,965 kenderaan turut dilarang meneruskan perjalanan ke Tanah Suci apabila gagal menunjukkan dokumen diperlukan. Katanya, operasi...

Scroll to top