Mesej Perintah Berkurung Tular, Palsu

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menjelaskan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun. Merujuk kepada mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kementerian itu meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara serta memohon agar semua pihak...

Tiga Kementerian Belum Ada Taska

KUALA LUMPUR, 19 Disember – Tiga kementerian masih belum mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing. Pada persidangan Dewan Negara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata tiga kementerian tersebut adalah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Beliau menjawab pertanyaan...

Tiada Hasrat Laksana Perintah Berkurung Remaja Buat Masa Ini

KUALALUMPUR, 12 Disember – Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan larangan keluar malam atau perintah berkurung bagi kanak-kanak dan remaja bawah 18tahun buat masa ini. Pada persidangan Dewan Negara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ini kerana masih terdapat aktiviti berfaedah yang dilaksanakan melibatkan remaja bawah umur pada waktu malam. Beliau menjawab pertanyaan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada...

Kementerian Kenal Pasti 50 Taska Yang Akan Dibina Di Agensi Kerajaan

GEORGE TOWN, 10 Disember – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti 50 taska yang akan dibina di premis kerajaan pada tahun hadapan bagi meringankan permasalahan wanita yang bekerja syif. Timbalan Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata pada masa ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bahagian kanak-kanak telah memperoleh senarai nama agensi yang telah...

Diskaun Utiliti Usaha KPWKM Galak Taska Berdaftar

KUALA LUMPUR, 18 November – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha mempertingkatkan bilangan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) berdaftar dengan memberi diskaun utiliti kepada taska yang berdaftar. Tanpa memberikan butiran, Timbalan Menterinya Hannah Yeoh berkata kini hanya terdapat 10 peratus sahaja taska yang berdaftar di bawah kementerian manakala 90 peratus lagi taska tidak berdaftar. Anggota Parlimen Segambut itu juga berkata selalunya...

Program Pengasingan Pesalah Kanak-Kanak Mulai Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 8 November – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan program pengasingan terhadap kanak-kanak yang ditahan kerana melakukan kesalahan jenayah bermula tahun depan. Ketika berucap dalam program turun padang ke institusi kanak-kanak di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Remaja Hamil Luar Nikah Diminta Dapatkan Bantuan

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Remaja perempuan yang terlanjur dan hamil luar nikah, dinasihatkan membuang rasa takut untuk tampil mendapatkan bantuan. Bercakap kepada media selepas merasmikan Muzakarah Fiqh (Undang-Undang) dan Konvensyen Antarabangsa (MFIFC) ke-4, di Kuala Lumpur Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelbagai pihak termasuk Kementerian Pembangunan Wanita,...

Kesedaran Penjagaan Warga Emas Oleh Golongan Muda Semakin Berkurangan

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Kesedaran golongan muda berhubung penjagaan terhadap warga emas di negara ini dilihat semakin berkurangan sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian penderaan. Menurut  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh penderaan terhadap warga emas yang sering berlaku pada masa ini banyak melibatkan aspek kewangan oleh anggota keluarga sendiri. Tambah beliau kerajaan sentiasa mengambil berat isu melibatkan warga emas dengan menubuhkan pelbagai pusat aktiviti serta menggesa...

Malaysia Sasar 11,000 Kaunselor Profesional Menjelang 2020

PUTRAJAYA , 1 Oktober – Kerajaan menyasarkan Malaysia mempunyai 11,000 kaunselor profesional menjelang 2020. Sehubungan  itu, jelas  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini kerana peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting terutamanya dalam situasi masyarakat yang berhadapan dengan pelbagai tekanan kehidupan. Bercakap kepada pemberita selepas...

Scroll to top