KKM Sedia Timbang Cadangan Wajibkan Dua Daripada 12 Vaksin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam...

Kementerian Kesihatan Komited Wajibkan Suntikan Vaksin

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi walaupun mengakui sukar untuk melaksanakan sesuatu program secara mandatori. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian mempunyai tanggungjawab menyeluruh dalam memastikan golongan sasar dalam program itu mendapat pencerahan lanjut mengenai kepentingan vaksin. Beliau menyatakan perkara...

Enam Bulan Tempoh Mendidik Perokok Sebelum Denda Dikuatkuasakan

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan pendidikan dan penerangan holistik dalam tempoh enam bulan pertama larangan merokok di premis makanan, dan selepas itu, barulah mengenakan tindakan denda terhadap perokok yang masih ingkar. Menurut Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  langkah itu adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) biasa bagi membolehkan orang awam dapat lebih memahaminya sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Pada sidang media selepas melakukan ‘walkabout’ promosi tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di Bandar Sri Permaisuri, yang...

Kanak-Kanak Tanpa Dokumen Turut Diberi Imunisasi

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa perkhidmatan imunisasi turut diberikan kepada semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak tanpa dokumen di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. Pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun, kanak-kanak yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai warganegara akan dikenakan...

Bahaya Menggunakan Perkhidmatan Pergigian oleh Pengamal Pergigian Haram

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : BAHAYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN OLEH PENGAMAL PERGIGIAN HARAM KUALA LUMPUR, 4 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum dan memandang serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram (illegal dental practitioners) yang semakin berleluasa dalam menawarkan perkhidmatan pergigian kosmetik seperti pemasangan pendakap gigi (braces) dan venir pergigian (dental veneers). KKM turut berasa khuatir kerana orang ramai...

Rawatan terapi ozon diharamkan

PUTRAJAYA, 3 Mei – Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon di semua pusat kecantikan dan klinik kerana ia boleh menyebabkan komplikasi perubatan sehingga menyebabkan kematian. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM (MaHTAS) mendapati tiada sebarang manfaat diperoleh pesakit yang menjalani rawatan...

Garis Panduan Pengusaha Food Truck

PUTRAJAYA, 21 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Bentang Garis Panduan Pengusaha Food Truck” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 20 April 2017. Laporan tersebut menyatakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal membentangkan cadangan mewujudkan garis panduan khusus bagi pengusaha food truck bertujuan membuat penyelarasan dan penyeragaman berikutan terdapat peningkatan...

Kes Kematian Influenza A (H1N1) di Terengganu

PUTRAJAYA, 18 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara di dunia tidak lagi memantau jangkitan virus influenza A (H1N1) secara khusus serta tiada keperluan bagi mana-mana negara untuk melaporkan kejadian kes influenza A (H1N1) kepada WHO. Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan...

Hentikan khidmat botox tidak sah: KKM

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada salon kecantikan yang menyediakan rawatan suntikan botox atau yang bersifat estetik tanpa kebenaran supaya menghentikan kegiatan mereka. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata perkhidmatan berkenaan boleh memudaratkan pengguna kerana salon berkenaan tidak layak melakukan prosedur kecantikan yang biasanya, dijalankan doktor dengan kepakaran diiktiraf...

Scroll to top