Jordan Kutuk Pencabulan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 8 Januari – Jordan pada Isnin telah mengutuk pencabulan berulang kali oleh rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa, Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Majed Qatarneh, menyelar tindakan menteri pertanian dan puak radikal Israel yang menyerbu perkarangan masjid itu dengan perlindungan polis rejim pada awal hari yang sama. Tegas beliau tindakan sedemikian adalah provokatif terhadap...

Pintu Sempadan Jordan Dengan Syria Dibuka Semula

JORDAN, 15 Oktober – Jordan membuka semula pintu sempadan utama dengan negara bergolak, Syria selepas menutupnya selama tiga tahun. Pintu pagar besi berwarna hitam itu dibuka di sebelah Jordan pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) dengan lebih 12 anggota polis dan kastam berada di lokasi tersebut. Kereta-kereta dengan nombor pendaftaran Jordan beratur untuk memasuki...

Arab Saudi, UAE, Kuwait Sedia Dana 2.5 Billion Dollar Bantu Jordan

DUBAI, 3 Oktober – Menteri Kewangan Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka menandatangani satu perjanjian esok, bagi menyediakan jaminan kredit dan dana kepada Jordan. Agensi Berita Kuwait (KUNA) melaporkan, mengikut perjanjian yang bakal ditandatangani di Amman itu, kesemua negara Teluk berkenaan akan mendepositkan dana terbabit menerusi Bank Negara Jordan. Pada Jun...

Raja Jordan Rayu Bantuan

NEW YORK, 26 September – Raja Jordan, Raja Abdullah II merayu bantuan segera diberikan kepada pelarian Palestin bagi mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti radikal selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan semua pembiayaannya. Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York Raja Abdullah turut meminta proses damai Asia Barat dikembalikan selain menyuarakan...

Jordan Kecam Tindakan Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 23 Julai – Jordan pada Ahad mengutuk tindakan Israel yang berulang kali menceroboh Masjid Al-Aqsa, memetik sumber agensi berita Jordan, Petra. Menteri Hal Ehwal Media Jordan, Jumana Ghunaimat berkata, pencerobohan di kompleks masjid oleh peneroka radikal yang menerima perlindungan polis Israel, perlu dibantah sekeras-kerasnya. Tegas beliau lagi, Israel harus menghentikan provokasi sedemikian serta menghormati semua...

Isu Palestin-Israel: Raja Jordan jumpa Trump 25 Jun

AMMAN, 22 Jun – Raja Jordan, Raja Abdullah akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih pada 25 Jun ini bagi membincangkan proses damai Palestin-Israel. “Raja Abdullah dan isteri dijadualkan bertemu pegawai kanan pentadbiran Trump dan anggota Kongres,” kata jurucakap istana Raja Jordan dalam satu kenyataan. Tedahulu, Raja Abdullah turut mengadakan...

PM Jordan Janji Mulakan Dialog Berkaitan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan

AMMAN, 7 Jun – Kerajaan Jordan telah berjanji untuk memulakan satu dialog komprehensif dengan semua pihak yang terlibat berhubung undang-undang cukai pendapatan ketika bantahan terhadap rang undang-undang itu berterusan, lapor agensi berita China Xinhua. Perdana Menteri Omar Razzaz berkata bahawa beliau akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menggubal satu undang-undang percukaian yang adil untuk...

PM Jordan Diarah Letak Jawatan

AMMAN – JORDAN, 4 Jun – Raja Jordan, Raja Abdullah dijangka mengarahkan Perdana Menterinya, Hani Al-Mulki meletak jawatan bagi menenangkan situasi tegang negara itu. Rakyat Jordan menuntut pemecatan Al-Mulki susulan kenaikan cukai didorong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada  awal tahun ini bertujuan mengurangkan kenaikan hutang awam. Namun kenaikan itu menjejaskan pendapatan rakyat biasa Jordan...

Jordan Gesa EU Iktiraf Baitulmaqdis Timur Sebagai Ibu Negara Palestin

JORDAN, 17 Mei – Jordan  menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin, yang merupakan prasyarat bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah, Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, dalam satu pertemuan dengan duta-duta negara anggota EU di  Amman, di mana beliau menggesa agar tindakan segera diambil bagi membantu...

Scroll to top