Jerebu Tak Ganggu Sukan Asia

JAKARTA,15 Ogos – Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan tidak menjejaskan penganjuran Sukan Asia 2018 yang membuka tirainya pada Sabtu ini. Sejak seminggu lalu, pencemaran udara di Pontianak mencapai tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 100, kelmarin. Difahamkan, sebanyak 846 titik panas telah dikesan...

Indonesia Keluar Fatwa Haram Berhubung Pembakaran Hutan

JAKARTA, 14 Sept – Badan ulama terkemuka Indonesia mengeluarkan fatwa menghalang perbuatan memulakan kebakaran hutan dengan sengaja dalam usaha menghentikan jerebu yang menyelubungi Asia Tenggara setiap tahun. Fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan adalah ‘haram‘ bagi umat Islam memulakan kebakaran dengan sengaja di hutan dan ladang penanaman. “al-Quran menyatakan kita tidak dibenarkan...

Rekod Bacaan IPU Masih Baik

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Kualiti udara di seluruh negara semakin bertambah baik apabila tiada kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 4 petang hari ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 23 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan tertinggi direkodkan di Nilai iaitu 97 berbanding 101 pada...

Ubah Undang-Undang Untuk Kawal Jerebu

KUCHING, 30 Ogos – Indonesia perlu meminda undang-undang dan sistem pengurusan kebakarannya sekiranya mahu masalah jerebu rentas sempadan diselesaikan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Menurut Wan Junaidi, undang-undang Indonesia masih membenarkan pembakaran di atas tanah yang keluasannya kurang daripada 0.8 hektar. Selain itu, katanya, sistem...

Jerebu: Kerajaan utamakan kesihatan pelajar – PM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Kerajaan sentiasa mengutamakan kesihatan pelajar sekolah terutamanya kanak-kanak ketika jerebu dan penutupan sekolah perlu dilakukan, kata Datuk Seri Najib Razak. Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap ibu bapa memahami keputusan kerajaan menutup beberapa sekolah berikutan berlaku peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan. “Saya berkongsi perasaan ibu bapa yang kecewa...

Undang-undang jerebu dirangka

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Undang-undang berkaitan jerebu rentas sempadan yang sedang dirangka kerajaan membolehkan Malaysia mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja termasuk syarikat milik negara luar. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penggubalan undang-undang tersebut berbeza dengan Singapura yang hanya boleh mengambil tindakan terhadap syarikat milik...

Jerebu di 3 negara dijangka hingga pertengahan bulan ini – pakar

SINGAPURA, 1 Oktober – Masalah jerebu yang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura dijangka menjadi bertambah buruk dengan berlaku cuaca kering ekoran fenomena El Nino, kata pakar kaji cuaca antarabangsa Jason Nicholls. Beliau berkata, El Nino akan mengehadkan kehadiran hujan untuk membersihkan atmosfera di samping ia akan meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran hutan. “El Nino dijangka sampai...

Ibu bapa perlu awasi aktiviti anak, elak kesan buruk jerebu

KUALA LUMPUR, 30 September – Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi aktiviti anak masing-masing berikutan situasi jerebu yang melanda di beberapa negeri. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka menjalankan aktiviti dalam kawasan tertutup supaya tidak terdedah kepada jerebu. “Ibu bapa juga perlu mengawasi...

Scroll to top