Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Sempadan Iran-Iraq

TEHRAN, 1 April – Gempa bumi berkekuatan 5.2 magnitud menggegarkan wilayah barat Kermanshah, Iran yang bersempadan dengan Iraq, namun tiada laporan kerosakan ataupun kematian diterima setakat ini. AFP melaporkan bahawa gempa bumi itu menggegarkan kawasan yang baru saja dilanda bencana banjir mengakibatkan seluruh bandar terputus hubungan dan banyak perkampungan ditenggelami air. Pusat seismologi kebangsaan...

Rakyat Iran Rai Ulang Tahun Ke-40 Revolusi Islam

TEHRAN, 11 Februari – Ratusan ribu rakyat Iran berhimpun di seluruh negara pada Isnin bagi meraikan ulang tahun ke-40 kemenangan Revolusi Islam. Penduduk berhimpun sambil melaungkan slogan yang diselitkan dengan sentimen anti-Amerika Syarikat. Di ibu negara Tehran, orang ramai berhimpun di jalanan sambil melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat dan anti-Israel serta membawa gambar Ayatollah Ruhollah...

Iran Tingkat Perisikan Siber Susulan Sekatan EU

BRUSSELS, 28 Januari – Iran kemungkinan meluaskan aktiviti perisikan sibernya ketika hubungannya dengan kuasa Barat bertambah buruk, kata agensi keselamatan digital Kesatuan Eropah (EU) semalam. Laporan Khas Reuters diterbitkan November lalu mendapati, penggodam Iran menjadi dalang beberapa serangan siber dan kempen salah maklumat dalam talian sejak beberapa tahun lalu ketika negara itu cuba mengukuhkan...

30 cedera gempa bumi di Iran

DUBAI, 6 Januari – Gempa bumi 5.5 magnitud melanda barat Iran berhampiran sempadan Iraq,  sehingga mengakibatkan kira-kira 33 mangsa cedera. Pada mulanya, Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan magnitud gempa bumi itu 5.9, namun kemudian menyemak semula kekuatan gempa kepada 5.5 magnitud. Katanya, gempa bumi itu berlaku di kawasan Gilan Gharb di wilayah Kermanshah....

Pegawai Kementerian Luar Iran Dipenjara

DUBAI, 11 November – Seorang kakitangan Kementerian Luar Iran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, selepas mahkamah mendapatinya bersalah kerana bertugas sebagai perisik, kata jurucakap badan kehakiman, Gholamhossein Mohseni Ejei. Pada Ogos lalu, Menteri Perisikan, Mahmoud Alavi, berkata pasukan keselamatan Iran menahan puluhan individu yang didakwa bertugas sebagai perisik di dalam pelbagai agensi kerajaan. Laman...

Juruterbang Maut, Jet F-5 Terhempas Di Iran

TEHERAN, 26 Ogos – Seorang juruterbang maut apabila jet pejuang F-5 milik Iran yang dikendalikannya terhempas di selatan negara itu. Agensi berita IRNA melaporkan bahawa  pesawat dalam latihan itu terhempas ketika cuba mendarat di Dezful di barat daya wilayah Khuzestan. Juruterbangnya terbunuh namun pembantu juruterbang selamat dan dirawat ke hospital. Setakat ini punca kemalangan...

Menteri Iran Disingkir

TEHRAN, 26 Ogos – Parlimen Iran mengundi untuk menyingkirkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan, Masoud Karbasian dari kementerian itu, hari ini, kata media awam ketika negara itu menyaksikan kejatuhan mendadak mata wang rial dan kemerosotan ekonomi. Media awam melaporkan, sebanyak 137 anggota parlimen mengundi penyingkiran Karbasian sementara 121 undi pula memihak kepada beliau...

Scroll to top