Kembara Cordoba IKIMFM Bermula

KLIA 19 September – Kembara Cordoba anjuran stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) bermula malam ini. Serama 76 orang peserta dan 7 dari urusetia berlepas ke Istanbul Turki sebelum ke Madrid dan lain-lain bandar di Sepanyol. Ini merupakan salah satu dari acara Pengembara Muslim IKIMfm untuk tahun ini. Sebelum ini Kembara Jejak Al-Fateh...

13 Tahun Terus Mendidik dan Menghibur Jiwa

KUALA LUMPUR, 6 JULAI – Dengan moto ‘Pilihan Utama Anda’ IKIMfm lahir sebagai sebuah saluran radio dakwah di Malaysia sejak 13 tahun yang lalu. Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato’ Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad, pada 6 Julai 2001 – IKIMfm menjadi saluran dakwah yang menjadi wadah informasi semasa selama...

IKIMfm-IAM Bantu Fakir Miskin Melalui Imarah Ramadhan

BANGSAR, 25 Jun – Kegembiraan menyambut bulan Ramadhan menjadi lebih bermakna pada tahun ini bagi golongan kurang berkemampuan yang menjadi sasaran Program Imarah Ramadan – Bantulah Mereka Berbuka Puasa anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Radio IKIMfm. Program ini diadakan bertujuan meringankan beban golongan sasaran menyambut Ramadhan melalui pengagihan pek makanan asas harian...

Kumpulan Qasidah Abu Syaar bangga dengan IKIMfm

Bagi mereka yang menggemari alunan lagu-lagu nasyid dan qasidah, kehadiran kumpulan nasyid Antarabangsa dari negara Syria iaitu kumpulan Abu Sya’ar tentulah dinanti-nantikan. Bukan setakat itu, malah para peminat tentunya mahu melihat ahli kumpulan ini secara lebih dekat lagi. Kepada mereka yang baharu mendengar nama kumpulan ini tentunya tertanya-tanya siapakah Abu Sya’ar? Kumpulan nasyid Abu...

IKIMfm dan TVIKIM Penyiar Rasmi Pengajian Akbar Hidayatus Salikin

KUALA LUMPUR, 5 Jun –  Selaku penyiar rasmi, IKIMfm bersama TVIKIM turut menyertai Karnival dan Pengajian Akbar Hidayatus Salikin yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 5 hingga 8 Jun 2014. Program tersebut bermula dengan Seminar Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani dan Pemikirannya pada sebelah pagi. Seminar tersebut dirasmikan oleh Dato’ Haji Razali...

Ketua Pengarah IKIM Rasmi Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan 2014

SEREMBAN, 30 Mei – Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Hj. Nik Mustapha Hj. Nik Hassan telah merasmikan Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan 2014. Karnival tersebut diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban yang bermula pada Jumaat, 30 Mei hingga 1 Jun 2014 ini. Datuk Nik Mustapha dalam ucapan perasmiannya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri...

IKIMfm Turun Bersama Pendengar di Seremban

KUALA LUMPUR – Bermula Jumaat ini, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan  dan Institut Pembangunan dan Pengurusan Johor akan menganjurkan Karnival Mahabbah IKIMfm Seremban 2014. Karnival ini bakal berlangsung bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2014 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban. Pelbagai acara dan program dirancang seperti siri...

Scroll to top