Siaran Langsung Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-60 di Radio IKIMfm

Kuala Lumpur, 30 Mac –  Stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) akan menyiarkan secara langsung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 60 yang berlangsung mulai 2 hingga 8 April ini di Dewan Seri Negeri, Air Keroh Melaka. Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan dapat diikuti di stesen radio IKImfm...

Konvensyen IKIMfm Pupuk Generasi Muslimah Ahli Syurga

Kuala Lumpur, 21 Oktober – Wanita, sebagai golongan terpenting dalam membina dan membangunkan institusi keluarga, perlu memiliki kefahaman agama yang jitu dan kekuatan spiritual yang tinggi dalam menjadi pembantu nakhoda sesebuah rumahtangga. Wanita juga ibarat tiang bagi sesebuah binaan yang harus kukuh dan kuat, kerana tanpa tiang yang kuat maka hancurlah sebuah binaan. Justeru...

IKIMfm Menang Anugerah Media Kesihatan 2016

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) telah memenangi Anugerah Media Kesihatan 2016 bagi kategori Program Radio Terbaik. Program berbentuk temubual yang diterbitkan oleh Puan Maslina Alias berjudul “Penyakit-penyakit Kardiovaskular” telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,500 dan sijil penghargaan. Temubual tersebut disiarkan dalam segmen Warna Pagi kendalian...

Ketua Pengarah IKIM Dapat Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1438H Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – “Bagi saya, cabaran berdakwah ketika zaman teknologi ini dilihat sebagai cabaran untuk semua khususnya dalam mengawal diri menyebarkan ilmu dan maklumat sahih memandangkan boleh diperoleh hanya di hujung jari,” kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal...

Forum Menyantuni Masyarakat Berbilang Kaum Beri Kefahaman Orang Ramai

BENTONG, 2 September – Kemerdekaan yang dikecapi sehingga hari ini memerlukan kesefahaman dan semangat hidup bersatu-padu antara kaum yang mengutamakan kesejahteraan tanpa mengira kepentingan peribadi. Oleh itu, Forum Bicara Ad-deen yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan TV Al-Hijrah sempena Karnival Bentong 2016 di Pahang baru-baru ini membicarakan topik “Menyantuni Masyarakat Berbilang...

Bengkel Amalan Penyelidikan Beretika IKIM Beri Manfaat

Kuala Lumpur, 29 Ogos – Penyelidikan adalah satu bahagian utama dalam proses pembangunan ilmu pengetahuan yang bermula daripada kertas cadangan kepada reka bentuk metadologi sehingga kepada proses pengutipan dan analisis data serta penerbitan hasil penyelidikan seperti penulisan dan penerbitan. Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Bengkel Amalan...

Imunisasi, Vaksin Cegah Penyakit Di Awal Usia

  KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan ramai kanak-kanak maut di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang sedang membangun akibat jangkitan penyakit yang merbahaya. Perkara tersebut boleh menyebabkan penularan wabak penyakit hingga mengakibatkan kematian, demikian menurut pakar perubatan kesihatan awam, Dr Noriah Hajib. Beliau menyarankan kanak-kanak perlu mendapatkan imunisasi yang...

Scroll to top