Tiga Kementerian Belum Ada Taska

KUALA LUMPUR, 19 Disember – Tiga kementerian masih belum mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing. Pada persidangan Dewan Negara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata tiga kementerian tersebut adalah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Beliau menjawab pertanyaan...

Tiada Hasrat Laksana Perintah Berkurung Remaja Buat Masa Ini

KUALALUMPUR, 12 Disember – Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan larangan keluar malam atau perintah berkurung bagi kanak-kanak dan remaja bawah 18tahun buat masa ini. Pada persidangan Dewan Negara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ini kerana masih terdapat aktiviti berfaedah yang dilaksanakan melibatkan remaja bawah umur pada waktu malam. Beliau menjawab pertanyaan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada...

Kementerian Kenal Pasti 50 Taska Yang Akan Dibina Di Agensi Kerajaan

GEORGE TOWN, 10 Disember – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti 50 taska yang akan dibina di premis kerajaan pada tahun hadapan bagi meringankan permasalahan wanita yang bekerja syif. Timbalan Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata pada masa ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bahagian kanak-kanak telah memperoleh senarai nama agensi yang telah...

58 Gelandangan Menyewa Rumah Di Bawah Program Rumah Bimbingan Gelandangan

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bagi tempoh 1 Sept 2016 hingga 12 Nov lalu, seramai 58 orang gelandangan menyewa rumah dan mendapat pekerjaan menerusi Program Rumah Bimbingan Gelandangan. Pada persidangan Dewan Rakyat pada hari ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata kebanyakan mereka yang menyewa rumah itu adalah gelandangan yang telah menamatkan program transit di Pusat Transit Intervensi Anjung Singgah dan kembali ke...

Kesedaran Penjagaan Warga Emas Oleh Golongan Muda Semakin Berkurangan

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Kesedaran golongan muda berhubung penjagaan terhadap warga emas di negara ini dilihat semakin berkurangan sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian penderaan. Menurut  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh penderaan terhadap warga emas yang sering berlaku pada masa ini banyak melibatkan aspek kewangan oleh anggota keluarga sendiri. Tambah beliau kerajaan sentiasa mengambil berat isu melibatkan warga emas dengan menubuhkan pelbagai pusat aktiviti serta menggesa...

KPWKM Utamakan Kemudahan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Untuk Tingkat Kadar Kelahiran

KUALA LUMPUR, 12 September – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi perhatian khusus terhadap kemudahan pusat jagaan kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia menjelang tahun 2020. Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata kemudahan pusat jagaan kanak-kanak adalah antara sokongan utama yang boleh diberikan kepada ibu bapa bagi menggalakkan lebih banyak kelahiran....

199 Kes Libat Kanak-Kanak Dalam Jagaan Pengasuh Direkod

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebanyak 199 kes penderaan, pengabaian dan kecuaian melibatkan kanak-kanak dalam jagaan pengasuh dilaporkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga Mei lepas. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh jawatankuasa khas yang dicadangkan bagi meneliti masalah itu antaranya akan melihat semula undang-undang sedia ada. Ini termasuk kemungkinan mewajibkan pengasuh yang menjaga...

HFMD: Majikan Diminta Beri Kelonggaran Kepada Pekerja

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Kerajaan meminta kerjasama semua majikan termasuk sektor swasta untuk memberi kelonggaran kepada pekerja sekiranya anak mereka disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ia bagi membolehkan pekerja bekerja dari rumah atau dibenarkan bercuti untuk menjaga anak berkenaan. Sehubungan itu Beliau turut meminta agar semua pusat beli-belah sentiasa memastikan kebersihan segala kemudahan yang...

Scroll to top