Restoran Vietnam Guna Logo Halal Palsu

KUANTAN, 28 Januari – Sebuah premis makanan Vietnam di Kuantan Pahang  berhadapan denda sebanyak RM250,000 kerana menyalahgunakan logo halal pada premis dan pembungkusan produk mereka. Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata tindakan itu dikenakan berikutan ini kali kedua kedai itu mengulangi kesalahan mempamerkan...

Premis Makanan Tiada SPHM Dinasihat Tidak Perdaya Pengguna

KLANG, 9 Januari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menasihati pengusaha premis makanan di negeri itu yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) supaya tidak memperdaya dan mengelirukan pengguna terutama orang Islam. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, adalah menjadi satu kesalahan jika sesebuah premis dimiliki oleh orang bukan Islam yang tidak memiliki sijil berkenaan mempamerkan tulisan dan bacaan ayat al-Quran. Katanya kepada pemberita...

JAKIM Perlu Wajibkan Pengusaha Restoran Ada Sijil Halal Sebelum Beroperasi

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mewajibkan semua pengusaha premis makanan halal mendapatkan sijil pengesahan halal bagi kemudahan pelanggan Islam. Sehubungan itu, jelas Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (Permas) Ayob Abd Majid  syarat itu perlu bagi semua premis termasuk restoran, warung dan ‘food truck’ sama ada yang sedang beroperasi atau ingin memulakan perniagaan.​​​​​​ Langkah...

Syarikat Malaysia Digesa Jadikan Olimpik 2020 Papan Loncatan Tembusi Pasaran Halal Jepun

TOKYO, 27 November – Syarikat produk halal Malaysia perlu merebut peluang dan memanfaatkan Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai papan loncatan untuk menembusi segmen pasaran halal di Jepun. Dalam ucapan beliau pada majlis perasmian Halal Fiesta (Halfest) Tokyo, Jepun Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata permintaan terhadap produk halal dijangka meningkat semasa kejohanan sukan tersebut kerana Jepun menjangkakan penyertaan ramai atlit dan pengunjung muslim. Sehubungan itu, ujar...

Sistem Jaminan Halal Malaysia Mampu Pacu Standard Halal Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 November – Masyarakat Islam di Malaysia amat prihatin dengan makanan halal. Malaysia telah jauh memacu era piawaian makanan halal di dunia. Pelbagai usaha dilakukan bagi menentukan standard halal di Malaysia. Sehubungan itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sistem...

Peruntukan Lebih Kecil Tidak Jejas Perkembangan Industri Halal Negara

KUALA LUMPUR, 21 November – Peruntukan lebih kecil untuk pembangunan industri halal negara dalam Belanjawan 2019 berikutan kedudukan kewangan semasa negara yang terhad tidak akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengembangkan sektor berkenaan. Semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat  Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata inisiatif untuk mengembangkan industri halal akan...

Akta Majlis Halal Negara Akan Diwujudkan 2019

KUALA LUMPUR,  23 Oktober – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengkaji Akta Majlis Halal Negara yang dijangka akan diwujudkan selewat-lewatnya awal tahun depan, dengan melibatkan semua agensi di bawahnya. Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung. Jelas beliau akta tersebut penting agar setiap arahan dan fungsi...

Usahawan Makanan Disaran Patuh Piawaian, Peroleh Sijil Halal

ALOR SETAR, 18 Ogos – Usahawan dalam talian terutamanya yang mengusahakan produk makanan digalakkan agar mematuhi dan mengaplikasi piawaian antarabangsa serta pensijilan halal bagi menembusi pasaran luar negara. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata pematuhan terhadap piawaian tersebut dilihat sebagai batu loncatan kepada usahawan untuk meningkatkan sistem jaminan keselamatan...

JAKIM lulus 3,396 sijil halal dalam 6 bulan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima 4,435 permohonan sijil halal bagi tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,396 atau 76.57 peratus permohonan sijil halal diluluskan. “Tahniah JAKIM kerana sentiasa menambah baik perkhidmatan menerusi pelbagai...

Halal : Kepentingan Global

KUALA LUMPUR, 7 April – Keperluan mencari yang halal adalah tuntutan yang difardhukan bukan semata-mata ke atas umat Islam bahkan kepentingannya mencakupi masyarakat bukan Islam. Keperluan ini bagi memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik dalam mendapatkan barangan-barangan keperluan harian termasuk perkhidmatan. Industry halal tanah air sehingga ke tahun ini berkembang dengan baik dan pemahaman...

Scroll to top