Peniaga Diberi Tempoh Sebulan Selaras Tanda Harga

PUTRAJAYA 1 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sebulan kepada peniaga untuk menyelaraskan tanda harga barang ekoran cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahyuddin berkata, pelarasan itu sejajar dengan pengumuman Kementerian Kewangan yang menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dikenakan...

Institusi Perbankan Islam Selaras GST berkadar sifar – AIBIM

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Institusi perbankan Islam di Malaysia mula mengenakan kadar sifar peratus ​Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua produk dan perkhidmatan perbankannya berkuat kuasa hari ini, kata Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM). Ini berbanding GST berkadar enam peratus sebelum ini serta pembatalan pembekalan berkadar sifar, selaras dengan pengumuman yang dibuat ...

Pemansuhan GST Muktamad

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah muktamad yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015. Demikian diumumkan oleh bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan  kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di Kuala Lumpur Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan  pada pagi tadi  untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan  mengenai...

Kadar GST negara antara terendah di dunia – Najib

KOTA KINABALU, 22 Mac – Kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) negara sebanyak enam peratus merupakan kadar paling rendah berbanding kadar GST yang dikenakan negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Malah, beliau berkata kerajaan terus prihatin dengan mengecualikan GST ke atas 578 barangan keperluan. “Lazimnya, mereka (orang tengah)...

Hasil GST kembali kepada rakyat – Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 14 April – Rakyat tidak seharusnya melenting dan memberontak dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan kerajaan sejak setahun lalu. Sebaliknya, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata pelaksanaan GST itu baik untuk membantu kerajaan meningkatkan ekonomi terutama dalam keadaan getir sekarang. Beliau berkata, walaupun pahit bagi rakyat untuk...

GST kekal 6 peratus

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan enam peratus tidak akan dikurangkan walaupun pendapatan negara daripada sumber minyak semakin berkurangan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan tidak bercadang mengkaji semula kadar enam peratus itu kerana nilainya munasabah, malah antara yang terendah berbanding negara lain di...

Kastam gerakkan Ops Jejak GST

PUTRAJAYA, 7 Januari – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melancarkan Ops Jejak GST bermula 17 hingga 22 Januari ini bagi menjejak dan mendaftar mana-mana individu, syarikat serta perniagaan yang layak berdaftar untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi gagal berbuat demikian. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, maklumat yang diperoleh melalui risikan...

Kerajaan tidak cadang naikkan kadar GST – Husni

KUALA LUMPUR, 16 November – Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun harga minyak dijangka turun di bawah AS$48 setong, tahun depan. Malah, tegas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan juga tidak pernah berbincang mengenai langkah menaikkan GST berkenaan. Jelasnya, walaupun andaian mengenai harga minyak boleh...

GST: Tempoh penghantaran penyata dilanjutkan 15 Jun

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Tempoh penghantaran penyata taksiran bagi syarikat wajib berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dilanjutkan kepada selewat-lewatnya 15 Jun tanpa sebarang penalti, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy. Beliau berkata, daripada 75,000 syarikat yang layak dikenakan cukai, masih terdapat 12,000 syarikat belum menghantar penyata taksiran mereka....

KPDNKK nafi aduan GST tidak diambil tindakan

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Hampir 90 peratus aduan pengguna mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diambil tindakan sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa aduan GST tidak dipedulikan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan dan jumlah kes yang telah diambil tindakan sentiasa dikemas kini...

Scroll to top