Tabung Haji Yakin Kembalikan Keyakinan Pendeposit

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) yakin dapat mengembalikan keyakinan pendeposit untuk terus mempercayai badan itu selaku pemegang amanah bagi mengurus dan menjamin simpanan serta pelaburan mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata menerusi pelan pemulihan komprehensif dan barisan pengurusan terbaru, TH optimis dapat kembali kepada landasan sebenar. Menurut beliau...

Akta 505 Mungkin Dipinda

PUTRAJAYA, 19 Disember – Jabatan Perdana Menteri bakal mencadangkan pindaan terhadap Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) berhubung pengeluaran dana Baitulmal bagi tujuan kecemasan. Sehubungan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata melalui peruntukan di bawah Akta 505, Baitulmal ketika ini hanya dibenarkan mengeluarkan bantuan sebanyak RM50 bagi seorang...

Kerajaan Teroka Sumber Baharu Perkasa Instrumen Wakaf

KUALA LUMPUR, 10 Disember – Kerajaan berusaha meneroka sumber dan cara baharu bagi memperkasa instrumen wakaf di negara ini agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya. Pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata masih banyak boleh dilakukan kementerian untuk memajukan institusi wakaf di negara ini, yang pada pandangan beliau, kurang...

Kerajaan Cadang Wujud Majlis Tahfiz Negara Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 28 November – Kerajaan bercadang mewujudkan Majlis Tahfiz Negara awal tahun depan dalam usaha menyelaras sekolah-sekolah tahfiz swasta yang merupakan teras kepada pendidikan tahfiz negara. Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata dengan adanya majlis itu, kerajaan dapat menambahbaik institusi tahfiz berdasarkan lima teras utama. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan dasar membangunkan pusat tahfiz dengan menambahbaik pusat pengajian itu. Bagi menjamin keselamatan di tahfiz pula, ujar Fuziah pihak...

Akta Majlis Halal Negara Akan Diwujudkan 2019

KUALA LUMPUR,  23 Oktober – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengkaji Akta Majlis Halal Negara yang dijangka akan diwujudkan selewat-lewatnya awal tahun depan, dengan melibatkan semua agensi di bawahnya. Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung. Jelas beliau akta tersebut penting agar setiap arahan dan fungsi...

Pasukan Khas Ditubuh Kaji Model KAFA Yang Komprehensif

ROMPIN, 4 Oktober – Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi membangunkan model Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang lebih komprehensif. Menurut  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, tempoh enam bulan diperuntukkan bagi memastikan model yang bersesuaian dapat dipraktikkan termasuk isu penyerapan guru ke skim perjawatan. Beliau berkata pasukan petugas khas yang...

5,000 Guru KAFA Diserap Ke Jawatan Tetap

PUTRAJAYA, 20 September – Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) pula akan diberi tempoh dua...

Perkasa Mahkamah Syariah, Kerajaan Teliti Akta Sedia Ada

KUALA LUMPUR, 4 September – Kerajaan sedang meneliti semula beberapa akta sedia ada di bawah Mahkamah Syariah termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi  memartabatkan institusi berkenaan, Justeru,jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. kesemua akta berkenaan akan dikaji secara mendalam dan dilihat secara holistik sebelum diambil sebarang keputusan. Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Husain Awang pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara  yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) agar kedudukan Mahkamah Syariah...

Wakil Rakyat Perlu Bantu Bangun KAFA Di Sabah

TAWAU, 19 Ogos – Semua wakil rakyat di Sabah perlu membantu ke arah pembangunan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri Sabah Timbalan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai peruntukan berkaitan yang boleh diluluskan untuk disalurkan terus kepada sekolah. Beliau ditemui pemberita pada...

Cadangan Transgender Guna Tandas OKU Bukan Perkecilkan Perasaan OKU

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Cadangan agar golongan transgender menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) bukan bermaksud atau berniat untuk mengecilkan perasaan golongan OKU. Menurut  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, ia sekadar satu penyelesaian terhadap kebajikan golongan transgender yang mungkin berasa tidak selamat atau tidak selesa untuk menggunakan...

Scroll to top