Wujudkan SOP Pencemaran Kimia Babitkan Sekolah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi lain untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung kesan pencemaran sisa kimia yang menjejaskan sekolah. Ketika menggulung usul menjunjung kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat,  Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata pihak terbabit ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara...

Sekolah Disaran Wujudkan Kawasan Rehat Guru

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Sekolah di seluruh negara disaran menyediakan kawasan rehat guru (KRG) selain bilik guru yang merupakan ruang kerja golongan pendidik. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata berdasar lawatannya ke beberapa sekolah sebelum ini mendapati terdapat keperluan untuk mewujudkan KRG yang kondusif sebagai ruang guru berehat setelah selesai sesi pengajaran di kelas. Berdasarkan surat...

Majlis Naib Canselor IPTS Bantu Tingkat Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Februari – Majlis Naib Canselor Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dilancarkan hari ini sebagai platform perundingan dalam meningkatkan martabat pendidikan tinggi di negara ini. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), majlis itu akan menjadi penghubung rundingan antara universiti swasta dan KPM serta agensi berkaitan. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melancarkan Majlis Naib Canselor IPTS yang turut menyaksikan Pro-Canselor Universiti MAHSA Prof Datuk Dr...

Kabinet Lulus Hutang RM1 Bilion Sarawak Digunakan Untuk Baik Pulih Sekolah Daif

KUCHING, 20 Februari – Kabinet telah meluluskan dan bersetuju hutang RM1 bilion kerajaan Sarawak terhadap kerajaan persekutuan akan digunakan untuk baik pulih sekolah daif di negeri itu. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan ini adalah susulan daripada persetujuan antara beliau dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari...

Dana RM50 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar

PUTRAJAYA, 13 Februari – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof...

Dr Maszlee Malik Sahkan Letak Jawatan Presiden UIAM

KLUANG, 6 Januari – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengesahkan yang beliau sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang sepatutnya berakhir pada tahun 2021. Menurut beliau, surat perletakan jawatan telah pun ditandatanganinya dan kini menunggu pengumuman rasmi universiti berkenaan untuk pelepasan jawatan yang disandangnya bermula bulan September...

Tidak Berlaku Lambakan Pelajar Di Sekolah Harian

PUTRAJAYA, 2 Januari – Dasar kerajaan yang memberi keutamaan penempatan golongan kumpulan berpendapatan rendah (B40) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tidak akan menyebabkan lambakan pelajar di sekolah harian biasa. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP dengan membantu pelajar berpotensi golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu untuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti. Dr...

Guru Dari Kedah, Kelantan Antara Paling Ramai Mohon Pertukaran

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Guru yang berasal dari Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan antara yang paling ramai membuat permohonan pertukaran dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata guru sekolah rendah paling ramai memohon keluar dari Sarawak ke Semenanjung adalah seramai 386 orang untuk ke Kedah, diikuti Terengganu 298 orang, Kelantan (252) dan Johor (107). Ujar...

Pelaksanaan Kaedah Bayaran Baharu Pinjaman PTPTN Ditangguh

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu bagi pinjaman pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam catatan di laman Facebook, beliau berkata:  “Kaedah pembayaran baharu PTPTN akan ditangguhkan dahulu mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh bagi mendengar pandangan dan saranan mereka”. PTPTN pada Rabu mengumumkan untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari depan untuk peminjam...

KPM Usaha Beri Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 November – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha untuk memberi peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian dalam belanjawan tambahan kelak. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata kedua-kedua jenis sekolah berkenaan tidak termasuk dalam kategori sekolah pondok dan sekolah tahfiz tetapi merupakan sekolah agama yang menggunakan kurikulum kebangsaan dan ada tambahan pelajaran agama. Beliau...

Scroll to top