Semakan Semula Fi Doktor Swasta Ke Kabinet Seminggu Dua Lagi

SHAH ALAM, 19 September – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dijangka membentangkan  semakan semula fi perundingan pengamal perubatan klinik dan hospital swasta di hadapan jemaah menteri  dalam seminggu dua lagi, Menurut  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah usul itu sedang dibincangkan dengan pelbagai pemegang taruh bagi memastikan masanya adalah tepat untuk menyemak semula fi perundingan tersebut. Dalam pada itu ujar beliau kerajaan tidak bercadang menyemak semula caj pendaftaran RM1 dan RM5 bagi mereka yang mendapatkan rawatan pesakit luar serta perkhidmatan doktor pakar di...

Skim Perlindungan Kesihatan Untuk B40 Dilaksana 2019

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Skim insurans kesihatan sosial untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan, Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad perbincangan mengenai skim yang komprehensif itu memasuki peringkat akhir dan bakal diperluaskan kepada kategori lain termasuk untuk golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40). Beliau berkata kementerian sedang membuat perincian, penelitian dan penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk...

Hospital Kajang Sesak, Kadar Penggunaan Katil Cecah 150 Peratus Sehari

KAJANG, 9 Ogos – Hospital Kajang di Selangor  sesak kerana menerima kemasukan pesakit 50 peratus melebihi kapasitinya, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu. Jelas beliau perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja...

23 Projek ‘Sakit’ Bakal Ditamatkan Kontrak

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Dua puluh tiga projek ‘sakit’ yang masih gagal menepati tempoh siap ditetapkan bakal menerima nasib sama seperti Hospital Petra Jaya di Sarawak yang ditamatkan kontrak pembinaannya, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya tindakan tegas itu perlu dalam memberikan amaran kepada kontraktor dan pemaju projek pembinaan tersebut yang dilihat bersikap sambil lewa...

Klinik 1MALAYSIA Dinilai Sebelum Dinaik Taraf Atau Tutup

PUTRAJAYA, 27 Jun – Sebanyak 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf dan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti atau ditutup, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata syarat untuk sebuah Klinik 1Malaysia dinaik taraf sebagai Klinik Komuniti ialah menerima kedatangan pesakit sekurang-kurangnya 50 orang sehari, berkeluasan lebih daripada 1,400 kaki persegi dan...

Cadangan Majlis Penasihat Kesihatan Ke Kabinet Minggu Depan

PUTRAJAYA, 5 Jun – Kertas  kabinet berhubung cadangan penubuhan Majlis  Penasihat  Kesihatan  akan dibentangkan minggu hadapan. Menurut  Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad majlis yang akan dianggotai lima hingga tujuh pakar pelbagai bidang  itu akan berperanan sebagai badan penasihat, penyelesai masalah dan pemikir dalam melonjakkan penyampaian sektor penjagaan kesihatan. Beliau memberitahu demikian  dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian...

Majlis Penasihat Kesihatan Rangka Hala Tuju Perkhidmatan Kesihatan – Dzulkefly

PUTRAJAYA, 24 Mei – Majlis Penasihat Kesihatan akan ditubuhkan bagi membantu kerajaan merangka hala tuju baharu ke arah memperkasa Kementerian Kesihatan berkelas dunia dan menambah baik perkhidmatan kesihatan. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata beberapa tokoh kesihatan telah dikenal pasti untuk dilibatkan sebagai penggerak yang berperanan menjana idea melalui majlis yang akan ditubuhkan dalam tempoh tiga bulan akan datang...

Scroll to top