Lebih Banyak Pihak Diseru Adakan Program Perkasa Wanita

BANTING, 26 Mac – Lebih banyak pihak  termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), disaran tampil memperkasakan wanita menerusi pelbagai program, sebagai usaha membantu menjayakan agenda pembangunan wanita negara. Justeru, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program berkaitan memperkasakan wanita itu juga perlu dibuat berterusan, supaya golongan terbabit tidak terpinggir sekali...

Wan Azizah Pengerusikan Mesyuarat Ke-14 Majlis Antara Kerajaan MOST

PARIS, 19 Mac – Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan Sesi ke-14 Majlis Antara Kerajaan (IGC) Biro Pengurusan Transformasi Sosial Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (MOST) yang antara agenda utamanya ialah mengemaskinikan pelan tindakan MOST. Sesi itu yang berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan...

Penjawat Awam Berlainan Pendirian Politik Jangan Sabotaj

PUTRAJAYA, 4 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam yang berbeza pendirian politik supaya tidak melakukan sebarang unsur-unsur sabotaj. Ketika berucap pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan sedar ada...

Program Diversion KPWKM Mula Ogos Ini

MARANG, 21 Februari – Program intervensi bagi menangani masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak, Diversion (pengalihan), yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan dilaksanakan Ogos ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail penyediaan garis panduan program itu kini pada peringkat akhir dan dijangka siap Mac ini. Dalam ucapan di...

Tingkatkan Pengawasan Di Kawasan Sunyi

KUALA LUMPUR, 18 Februari – Tahap pengawasan di kawasan sunyi berisiko berlaku jenayah termasuk samun dan ragut perlu ditingkatkan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri juga mahu penambahbaikan aspek keselamatan dilakukan segera oleh pihak berkaitan, terutama yang mengendali kawasan berkenaan. Beliau mengulas kejadian seorang wanita berusia 48 tahun yang...

Mesej Perintah Berkurung Tular, Palsu

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menjelaskan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun. Merujuk kepada mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kementerian itu meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara serta memohon agar semua pihak...

Kerajaan Mahu Wujudkan Pelan Pembangunan Orang Asli

CAMERON HIGHLANDS, 3 Januari – Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk mewujudkan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang komprehensif sebagai antara usaha untuk memajukan masyarakat pribumi itu, Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama-sama Masyarakat Orang Asli Daerah Cameron Highlands di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di  Cameron Highlands, Pahang Timbalan Perdana...

Malaysia Hargai Bantuan United Kingdom Tangani Isu Rohingya

LONDON, 7 Disember – Malaysia menghargai bantuan United Kingdom yang memberikan bantuan termasuk kewangan dalam menangani isu-isu melibatkan pelarian Rohingya. Menurut  Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bantuan kewangan yang diberikan United Kingdom itu bagi membiayai program-program kemanusiaan, pendidikan dan kesihatan di Malaysia serta pengendalian hospital medan di Cox Bazar di Bangladesh. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi sulung Timbalan Perdana Menteri...

Wanita Islam Disaran Tampil Ke Hadapan

LONDON, 6 Disember – Wanita Islam perlu tampil kehadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi, memanfaatkan bakat dan keupayaan keusahawanan agar dapat melihat kemajuan  jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa. Beliau turut berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap cauvinis yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan. Datuk Seri Dr Wan Azizah menyatakan perkara itu pada ucaptama beliau pada Forum Kepimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London. Sumber BERNAMA...

Scroll to top