KKM Sedia Timbang Cadangan Wajibkan Dua Daripada 12 Vaksin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam...

Kementerian Kesihatan Komited Wajibkan Suntikan Vaksin

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi walaupun mengakui sukar untuk melaksanakan sesuatu program secara mandatori. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian mempunyai tanggungjawab menyeluruh dalam memastikan golongan sasar dalam program itu mendapat pencerahan lanjut mengenai kepentingan vaksin. Beliau menyatakan perkara...

Kerjasama Hospital Awam Dan Swasta Bantu Tangani Kekurangan Pakar, Kemudahan

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Usaha untuk meningkatkan kerjasama antara hospital awam dan swasta bagi menambahbaik sistem kesihatan di negara ini telah mula dilaksanakan selepas penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan bulan lepas.  Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kolaborasi itu diyakini dapat membantu hospital awam khususnya dalam menangani isu kekurangan tenaga pakar dan kemudahan,...

Kerajaan Tidak Akan Berganjak Mengenai Larangan Merokok

PUTRAJAYA, 9 Januari – Kerajaan tidak akan berganjak mengenai larangan merokok di semua restoran dan premis makanan meskipun mendapat tentangan dan kritikan daripada golongan perokok tegar. Justeru tegas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, larangan itu akan dikuatkuasakan dengan lebih baik untuk menjamin kesihatan golongan bukan perokok, khususnya warga tua dan anak kecil yang sering terdedah...

Enam Bulan Tempoh Mendidik Perokok Sebelum Denda Dikuatkuasakan

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan pendidikan dan penerangan holistik dalam tempoh enam bulan pertama larangan merokok di premis makanan, dan selepas itu, barulah mengenakan tindakan denda terhadap perokok yang masih ingkar. Menurut Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  langkah itu adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) biasa bagi membolehkan orang awam dapat lebih memahaminya sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Pada sidang media selepas melakukan ‘walkabout’ promosi tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di Bandar Sri Permaisuri, yang...

Kanak-Kanak Tanpa Dokumen Turut Diberi Imunisasi

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa perkhidmatan imunisasi turut diberikan kepada semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak tanpa dokumen di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. Pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun, kanak-kanak yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai warganegara akan dikenakan...

Insiden Kebakaran HSA Dibentang Kepada Kabinet

JOHOR BAHRU, 25 November – Kementerian Kesihatan akan membentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat, laporan kejadian  kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, sebelum didedahkan kepada umum. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, segala laporan yang diterima daripada jawatankuasa bebas siasatan akan dibentangkan kepada kabinet terlebih dahulu, untuk mendapatkan kelulusan. Beliau memberitahu perkara...

Scroll to top