TPM Singapura Berada Di Putrajaya Sampaikan Perutusan PM Lee Kepada Tun Mahathir

SINGAPURA, 1 Januari – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berada di Putrajaya pada 31 Dis 2018 untuk menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi pihak Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik...

Malaysia Cari Penyelesaian Isu Rohingya, Syria, Palestin

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Malaysia terus berusaha memastikan penyelesaian berkenaan isu etnik Rohingya, Syria dan Palestin meskipun percaturan politik antarabangsa menghalang tindakan konkrit diambil. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata pada  peringkat antarabangsa, Malaysia terus mengetengahkan isu Rohingya terutamanya dalam kerangka Asean, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau menjawab...

Rakyat Malaysia Diseru Beri Sumbangan Kepada Rakyat Yaman

SHAH ALAM, 4 November – Kementerian Luar Negeri menyeru rakyat negara ini menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan di Yaman. Menurut Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah langkah itu perlu bagi meringankan bebanan rakyat Yaman terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak yang kini menderita akibat pergolakan yang berlaku. Beliau memberitahu demikian  kepada pemberita selepas merasmikan “Tabung Kemanusiaan...

“Salam Sejahtera”,” Terima Kasih” Ke Persada Antarabangsa

KUANTAN, 22 Oktober – Penggunaan ungkapan ‘Salam Sejahtera’ dan ‘Terima Kasih’ akan lebih kerap berkumandang pada persidangan antarabangsa dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya memartabatkan bahasa kebangsaan dalam cara sesuai tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan. Ujar beliau, walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa diplomasi antarabangsa, namun penggunaannya boleh diselitkan...

Isu Pembunuhan Khashoggi: Hubungan Malaysia-Arab Saudi Kekal Kukuh

RIYADH, 22 Oktober – Hubungan dua hala Malaysia dengan Arab Saudi kekal kukuh, walaupun komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap Riyadh susulan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia tidak campur tangan dalam isu itu dan beliau percaya Arab Saudi mampu menyelesaikannya. Beliau menyatakan perkara itu   ketika ditanya mengenai pendirian Malaysia...

Status Hubungan Malaysia-Arab Saudi Dijelaskan Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Satu kenyataan rasmi berhubung status sebenar hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akan dikeluarkan oleh Kementerian Luar kedua-dua negara dalam masa terdekat. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Umrah, Haji dan Pelancongan Antarabangsa Kesembilan di Kuala Lumpur. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bagi menjelaskan kedudukan semasa hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Riyadh...

Malaysia Akan Terus Bersuara Dalam Isu Rohingya

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Malaysia akan terus bersuara dalam memperjuangkan nasib etnik Rohinya. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan akan juga meminta sokongan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Bangladesh iaitu negara di mana hampir sejuta etnik Rohingya mendapat perlindungan. Katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dikeluarkan selepas laporan oleh Misi Pencarian Fakta Bebas...

Kementerian Luar Rangka Dasar Lebih Jelas Dan Komprehensif

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Kementerian Luar kini melaksanakan proses pemantapan kerangka baharu dasar luar negara yang lebih jelas dan tersusun, komprehensif serta tidak lagi bersifat  berperingkat atau sedikit demi sedikit (piecemeal). Menurut Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah kementerian itu akan mengekalkan dasar luar sedia ada yang dilihat bersesuaian namun terdapat tumpuan dan hala tuju baharu serta...

Menteri Luar Malaysia, Jepun Bincang 'Dasar Pandang Ke Timur', Kemudahan Bantuan Kredit

PUTRAJAYA, 11 Julai – Penumpuan semula terhadap ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dan mempertimbangkan bantuan kredit mudah dibincangkan pada mesyuarat peringkat menteri Malaysia-Jepun di Putrajaya Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya daripada Jepun Taro Kono, mengadakan pertemuan pertama mereka di Wisma Putra di sini, sebagai susulan terhadap cadangan dan keputusan dibuat semasa pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada 12 Jun di Tokyo....

Scroll to top