Dua Pekerja Maut Setiap Hari Dalam Perjalanan Pergi-Balik Kerja

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja pada tahun lepas. Justeru, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar, ia menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama. Bagaimanapun, jelas beliau kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu...

Tiada Hasrat Untuk Mansuhkan HRDF

BUKIT MERTAJAM, 15 Januari – Kementerian Sumber Manusia tidak bercadang untuk memansuhkan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) sebaliknya akan menambah baik tabung berkenaan. Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya kini memberikan fokus untuk memperkasakan pemain industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi caruman dalam HRDF dan tiada keperluan untuk memansuhkan HRDF. Jelas beliau HRDF...

Kerajaan Sasar 30,000 Tenaga Pengajar TVET Tahun Depan

SHAH ALAM, 9 Januari – Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 30,000 tenaga pengajar bertauliah berkhidmat dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara menjelang  pada tahun depan. Menurut Timbalan Menterinya Datuk Mahfuz Omar setakat ini negara mempunyai kira-kira 24,000 tenaga pengajar dalam bidang itu. Beliau bercakap demikian a kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersempena hari pendaftaran pelajar baharu Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Pusat Latihan dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di Shah Alam Selangor. Sehubungan itu Datuk...

Laporan Penuh Pengambilan Tenaga Kerja Asing Dibentang Dua Bulan Lagi

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Laporan penuh melibatkan  pengambilan tenaga kerja asing termasuk isu pekerja dari Nepal dijangka dapat dibentangkan dalam tempoh dua bulan lagi. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata ketika ini ia masih di peringkat perbincangan kementerian dan apa juga keputusan bergantung kepada laporan yang akan dikemukakan Jawatankuasa Bebas Pengurusan...

Pihak Industri Disaran Buka Peluang Kerjasama Dengan Pusat Tahfiz

TANAH MERAH, 11 Disember – Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat tahfiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran, sekaligus membantu pusat itu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing. Ketika membuat saranan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perkara tersebut perlu dilakukan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar tahfiz untuk membolehkan mereka terlibat sama dalam pelbagai industri di negara ini. Tambah Datuk Mahfuz beliau difahamkan pelajar tahfiz mempunyai kelebihan tersendiri kerana mereka mempunyai ketekunan selain menterjemahkan kefahaman mereka akan kandungan al-Quran dalam pekerjaan...

Jumlah OKU Bekerja Dalam Sektor Awam Belum Capai Sasaran

KUALA LUMPUR, 21 November – Jumlah pekerja dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang diambil bekerja dalam sektor awam masih terlalu rendah iaitu hanya 0.29 peratus daripada keseluruhan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara. Dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu kurang daripada peratusan ditetapkan...

Lahirkan Lepasan Dan Teknousahawan Berasaskan Teknologi Elektrik, Hibrid

BANGI, 16 Oktober – Pusat latihan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu melahirkan lepasan yang berkemahiran dalam teknologi elektrik dan hibrid serta mampu menghasilkan tekno usahawan berasaskan teknologi berkenaan. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata usaha perlu dibuat bagi mengerakkan teknologi kenderaan elektrik dan hibrid seperti ketika Proton ditubuhkan dahulu dalam menghasilkan vendor automatif tempatan. Berucap pada seminar Technology Update Zukunftige Automobile-Future Automative di...

Kerajaan Dalam Persiapan Akhir Siapkan Kertas Kerja Tambah Baik TVET

KULIM, 28 Ogos – Kerajaan kini berada pada persiapan akhir menyiapkan kertas kerja berhubung semakan permasalahan pelaksanaan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini dalam usaha menambah baik kaedah pendidikan itu ke arah mencapai keperluan Revolusi Industri 4.0. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata persiapan kertas kerja itu dikendalikan kementeriannya bersama Kementerian Pendidikan dengan...

Orang Ramai Disaran Pilih Majikan Yang Mencarum PERKESO

ALOR SETAR, 26 Ogos – Orang ramai yang ingin dan sedang mencari pekerjaan diingatkan supaya memilih majikan yang berdaftar dan membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Bercakap kepada pemberita di Alor Setar, Kedah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata ia bagi menjamin masa depan mereka dan waris sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dengan mendapat faedah atau pampasan setimpal....

Pengusaha Restoran Digalak Ambil Pekerja Lulusan Institusi Latihan Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Kementerian Sumber Manusia menggalakkan pengusaha restoran dan kedai makan untuk mengambil tukang masak berkelulusan dari institusi latihan tempatan seliaan kerajaan. Timbalan menterinya Datuk Mahfuz Omar berkata ia bagi memastikan golongan muda yang menerima latihan intensif serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidang berkenaan mampu memperoleh pendapatan berterusan. Beliau menjawab pertanyaan Datuk...

Scroll to top