Berhati-Hati Beli Al-Quran Dalam Talian

ALOR SETAR, 13 Februari – Orang ramai diminta supaya berhati-hati jika membeli al-Quran secara dalam talian kerana ada antara naskhah itu tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah Zaki Mohamed berkata kaedah penjualan al-Quran dalam talian terutama menerusi media sosial seperti Facebook dilihat semakin berleluasa. Ujar beliau, naskhah al-Quran perlu mendapat kelulusan KDN sebelum dijual atau diedar kepada orang...

Perak Berhasrat Terapkan Ajaran Al-Quran Di Dalam Pentadbiran

IPOH, 12 November – Kerajaan negeri Perak berhasrat menerapkan ajaran Al-Quran di dalam pentadbiran kerana ia bukan sahaja dapat membawa kebaikan kepada pengurusan pentadbiran malah seluruh rakyat. Demikian menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Legasi ‘#Saving Legacy’ peringkat negeri di kediaman lama Menteri Besar di Ipoh, Perak. Program anjuran Yayasan...

Jangan Hanya Agungkan Al-Quran Tanpa Faham Maknanya

PUTRAJAYA, 1 Jun – Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT bukan hanya untuk diagungkan tetapi untuk dibaca dan difahami maknanya supaya umat Islam dapat melaksanakan tuntutan  yang terkandung di dalamnya. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  Datuk Paimuzi Yahya berkata al-Quran sarat dengan mutiara, panduan dan iktibar yang dapat melahirkan umat Islam yang boleh...

Ibu Muda Didik Anak Khatam Al-Quran Seawal Usia Lima Tahun

KOTA BAHARU, 17 Jun – Tekad untuk melihat anak-anaknya menguasai Al-Quran pada usia muda, seorang ibu mula membudayakan amalan pembacaan ayat-ayat suci itu ketika sedang mengandung. Sanarehan Sidik, 36, berkata hasil usaha yang dilakukannya itu, empat anaknya iaitu Anis Batrisyia Razanee, 13, Anis Damia Razanee, 12, Ahmad Darwish Razanee, sembilan tahun, dan Aflah Hannan, tujuh tahun, mampu...

Pemulihan Melalui Pembelajaran Al-Quran Cegah Jenayah

PUTRAJAYA, 16 Jun – Pembelajaran dan pembacaan Al-Quran yang diterapkan dalam kalangan banduan merupakan antara faktor penyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagai negara terbaik di rantau Asia dari aspek perlakuan jenayah berulang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah koreksi melalui pembudayaan Al-Quran di dalam penjara di seluruh negara berjaya menjadikan hanya kira-kira 7.6 peratus...

Peserta Malaysia Rangkul Naib Johan Di International Hashemite Competition For Female Of Holy Quran Recitation And Interpretation

AMMAN, 25 April : Peserta Malaysia Dr. Nur Munirah 25, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul Naib Johan kategori hafazan 20 juzuk dalam Majlis Hafazan Antarabangsa di Jordan. Beliau sebelum ini mewakili negeri Kelantan telah berjaya mendapat tempat kedua kategori 30 juzuk dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Pertandingan International Hashemite Competition...

Scroll to top