KREN TUMBANG: Tabung Haji Belum Terima Perkembangan Terkini Mengenai Wang Pampasan

image

KUALA LUMPUR, 16 JunLembaga Tabung Haji (TH) sehingga kini belum menerima sebarang perkembangan mengenai wang pampasan untuk jemaah yang terkorban dan cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada musim haji September tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata TH sentiasa memantau dan berhubung dengan kerajaan Arab Saudi berhubung status pembayaran itu.

“Setakat ini kita belum dapat apa-apa maklum balas mengenainya dan ini di bawah kuasa dan hak mutlak kerajaan Arab Saudi untuk membayarnya dan kita hanya membantu dari segi urusan pembayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Ramli Shariff mengenai status pembayaran pampasan itu pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Tragedi pada 11 Sept lepas itu mengorbankan lebih 100 orang jemaah dari seluruh dunia termasuk tujuh dari Malaysia.

Sumber – BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my