Syria hadiri mesyuarat Liga Arab buat kali pertama

AMMAN, 3 Mac – Syria menghadiri mesyuarat antara Parlimen Arab buat kali pertama sejak konflik peperangan tercetus di negara itu pada 2011.

Speaker Parlimen Syria, Hammouda Sabbagh menjadi wakil Syria dalam mesyuarat terbabit.

Rakan sejawatan beliau dari Jordan, Atef al-Tarawneh menggesa negara-negara Asia Barat untuk bekerjasama ke arah penyelesaian politik terhadap krisis Syria dan untuk Syria mengembalikan kedudukannya di ‘dunia Arab’.

Beberapa negara Arab melahirkan sokongan terhadap kepulangan Syria ke Liga Arab.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top