Suu Kyi Janji Lebih Telus Isu Rohingya

TOKYO, 8 Oktober – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berikrar meningkatkan ketelusan berhubung cara kerajaannya mengendalikan krisis Rohingya ketika berusaha menarik pelaburan asing di negara itu menjelang sidang kemuncak serantau di Jepun.

Beliau, yang pernah dianggap sebagai juara hak asasi global, menjunam dari puncak kegemilangan susulan kegagalannya bersuara mengenai kekerasan tentera terhadap minoriti Rohingya.

Dalam ucapan menjelang sidang kemuncak di Tokyo, Suu Kyi berkata beliau menyedari keamanan dan kestabilan di negaranya penting untuk menarik pelabur asing.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.