Sultan Selangor Zahirkan Kesedihan Pemergian Tan Sri Hassan Azhari

SHAH ALAM, 7 Oktober – Sultan Selangor  Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pemergian Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari sebagai satu kehilangan besar kepada baginda.

Baginda bertitah, Allahyarham pernah menjadi guru agama kepada baginda serta amat rapat dengan Alhmarhum paduka Ayahanda dan Nenda baginda.

Titah baginda lagi Allahyarham juga sering mengiringi baginda dan kerabat ke Makkah bagi menunaikan haji dan umrah di samping kerap menyampaikan ceramah dan mengajar ilmu agama di Istana Selangor.

Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.