Sultan Selangor Berkenan Cadangan Selaras Had Umur Minimum Perkahwinan

SHAH ALAM, 3 September – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan perempuan di negeri itu, daripada 16 kepada 18 tahun.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia terlalu muda, terutama kanak-kanak perempuan, kerana bimbang dengan risiko kemudaratan masa depan pasangan tersebut serta kesannya kepada masyarakat kelak.

Baginda bertitah demikian  semasa merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor

Selain itu, baginda bertitah, beberapa peruntukan lain juga perlu dipinda bagi menambahbaik prosedur dan proses kebenaran perkahwinan di bawah umur di Mahkamah Syariah, dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa serta pihak berkenaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top