Sultan Perak Rasmi Bangunan Baharu Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong

LENGGONG, 26 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan bangunan baharu Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong serta Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong di Perak

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. Hadir sama Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong yang bernilai RM4.29 juta dibina di atas tapak dengan keluasan 5,852.9 meter persegi (63,000 kaki persegi) siap dibina pada Mac 2013 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Feb 2014.

Sementara itu, bangunan baharu Pejabat Agama Islam Lenggong yang bernilai RM3.32 juta di persimpangan jalan masuk ke Pekan Lenggong siap sepenuhnya pada Disember 2013 dibina di atas tapak seluas 1.075 hektar

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top