Sultan Ibrahim Mahu Kerajaan Johor Pantau Pusat Tahfiz

JOHOR BAHRU, 13 September – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri memantau kesemua pusat tahfiz yang beroperasi di negeri itu dan memastikan kesemuanya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Titah baginda, kesemua pusat tahfiz yang beroperasi di Johor perlu mendapat sijil pengiktirafan sebelum memulakan operasi.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di Johor Bahru.

Baginda turut mencadangkan penubuhan kelas tahfiz khas di setiap sekolah agama Johor untuk pelajar yang mahu mendalami ilmu hafazan al-Quran sekiranya ada permintaan dan keperluan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm