Sultan Brunei Adakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa

PUTRAJAYA, 4 Mac – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan berangkat mengadakan lawatan kerja ke Malaysia esok, sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-22 antara Malaysia dengan Brunei.

Kementerian Luar memaklumkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima keberangkatan baginda di Putrajaya.

Ini adalah pertemuan julung kali antara Dr Mahathir dan Sultan Hassanal Bolkiah di bawah kerangka Rundingan Pemimpin Tahunan.

Kementerian itu berkata, rundingan berkenaan adalah platform peringkat tertinggi bagi perbincangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top