Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Gelaran Rasmi Sultan Pahang

PEKAN, 15 Januari – Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.

Sultan Abdullah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam pada hari ini hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top