SPRM Nafi Siasatan Halang Pembekalan Baju Kalis Api Bomba

PUTRAJAYA, 15 Januari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan siasatannya terhadap kes pembekalan baju kalis api Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menyekat perolehan atau pembelian baju baharu oleh JBPM sejak 2017, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Menurut SPRM, siasatan berhubung kes pembekalan baju kalis api oleh JBPM itu ketika ini hampir selesai dan hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

SPRM dalam kenyataan itu menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan olehnya tidak menghalang atau menyekat perolehan atau pembelian oleh JBPM.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top