Siasat Mafia, Bukan Anak Saya – Erdogan

Turkish President Recep Tayyip Erdogan delivers a speech during an economic meeting with international investors at the Presidential Complex in Ankara on August 02, 2016. President Recep Tayyip Erdogan on August 2, 2016, launched his most bitter attack yet on Turkey's Western allies over the July 15 attempted putsch, accusing them of supporting both "terror" and the coup plotters who tried to unseat him. Turkey meanwhile issued arrest warrants for about 100 staff, including doctors, at Ankara's main military hospital, in a new phase of the crackdown after the failed coup that has seen some 18,000 detained and caused international consternation.  / AFP PHOTO / TURKEY'S PRESIDENTIAL PRESS SERVICE / KAYHAN OZER

ANKARA, 3 Ogos – Perang mulut antara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan Barat bertukar peribadi semalam apabila beliau memberitahu hakim Itali yang menyiasat anaknya mereka sepatutnya mengejar mafia, bukan sebaliknya.

Kenyataan itu disusuli komen sinis Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi yang menyatakan di Twitter: “Di negara ini hakim-hakim mematuhi undang-undang dan perlembagaan Itali, bukan Presiden Turki.

Inilah yang dinamakan kedaulatan undang-undang.” Anak sulung Erdogan, Bilal yang menuntut di Bologna, disiasat sejak Februari oleh hakim-hakim yang mengesyaki beliau terbabit dengan pengubahan wang haram.

Seorang ahli perniagaan Turki dalam buangan yang menentang kerajaan Erdogan menuduh Bilal tiba di Itali bersama sejumlah besar wang tunai dan sekumpulan unit pengawal bersenjata dan mengembara menggunakan pasport diplomatik. “Anak saya kembali ke Bologna untuk menamatkan ijazah kedoktoran tetapi berdepan risiko untuk ditangkap,” kata Erdogan dalam temu bual dengan saluran berita Itali Rai News24.

Perbalahan dengan Itali tambah buruk apabila Erdogan menyelar semua sekutu Barat Turki berikutan reaksi mereka ke atas cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu untuk menggulingkan beliau. Ia membawa kepada tindakan keras yang menimbulkan kebimbangan ke atas kelangsungan demokrasi di negara ini.

Sumber – Agensi

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top