Siaran Media : Serangan Peluru Berpandu Houthi Yaman Ke Atas Arab Saudi

PUTRAJAYA, 4 Nov  Pada 27 Oktober 2016, puak pelampau Houthi di Yaman telah melancarkan peluru berpandu balistik yang dikenali sebagai Burkan-1 ke arah Kota Mekah. Peluru berpandu tersebut telah dipintas dan dimusnahkan oleh Angkatan Tentera Darat Arab Saudi 65 kilometer sebelum memasuki kota suci tersebut. Sebelum ini, pada 10 Oktober, satu serangan yang sama telah dilancarkan ke atas Pangkalan Udara Arab Saudi di Taif.

Malaysia mengutuk serangan tersebut dan berharap pihak bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan. Serangan peluru berpandu ini merupakan pencabulan yang jelas terhadap kedaulatan Arab Saudi dan memberi ancaman yang besar kepada keamanan dan keselamatan serantau dan global.

Malaysia sentiasa menyokong teguh keputusan yang diambil oleh Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kestabilan negara tersebut.

Malaysia berharap agar konflik yang berlarutan di rantau tersebut akan dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomatik.

Sumber : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Emel : azreey@kln.gov.my

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top