Siaran Akhbar "Isu Ikan Patin – Radio IKIMfm Nafi Isi Kandungan Mesej di Aplikasi Whatsapp"

IKIMfm menafikan kandungan mesej seperti sebaran di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp yang berlegar seawal pagi ini berkenaan dakwaan:

“Kolam ikan patin Batu Gajah Ipoh kering kontang, penuh dengan tulang khinzir. Berikutan dengan itu, diingatkan! Jangan beli ikan air tawar di pasaraya Billion, Econsave, Giant, Tesco, AEON dan Rapid. Semua ‘supplier’ ikan bangsa Cina. Keluar dalam radio IKIM pagi tadi”

ikan-patin

Dimaklumkan bahawa Penyampai IKIMfm yang bertugas hanya membaca berita di akhbar-akhbar utama tanpa menyebut nama-nama pasaraya berkenaan. Begitu juga tiada satu pun dalam mana-mana siaran Berita IKIMfm yang menyebut berhubung dengan nama-nama pasaraya di atas.
IKIMfm memohon agar orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan mesej tersebut. IKIMfm kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini.

Dikeluarkan oleh:
Sapuah bt Hj Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-62046329/330
Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)
Scroll to top