Siapa DJ Cilik IKIMfm Tahun 2014?

page2
KUALA LUMPUR – Sambutan Ujibakat Kanak-Kanak bagi mengisi peluang sebagai DJ Cilik IKIMfm dalam rancangan ‘Alam Ria Si Kecil’ (ARSK) di luar jangka. Seramai 111 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun mengambil peluang di pentas ujibakat yang diadakan pada hari Ahad, 19 Januari yang lalu.
Menurut Penerbit ARSK, Maslina Alias, penyertaan kali ini diluar jangka daripada sasaran untuk mendapatkan 22 orang penyampai cilik yang akan mengisi slot yang ke udara setiap Sabtu jam 2 petang itu.
“Mulai Februari ini, seramai 2 orang peserta terpilih setiap bulan akan mengemudi rancangan ARSK bersama Kak Aisyah tersebut. Peserta dipilih berdasarkan kepetahan, serta kebolehan bercerita melalui ujibakat yang telah diadakan,” katanya yang juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm.
Ujibakat yang diadakan di Studio IKIMfm diadili oleh Encik Mohd Nassri Nasir dari Galeri Ilmu Sdn Bhd, Puan Saridah Hamid dan Penerbit Kanan IKIMfm, Puan Maslina Alias.
Penyertaan yang dibuka sejak jam 9 pagi hingga 5 petang itu mempamerkan bakat-bakat baharu dengan gaya dan gelagat tersendiri seperti memakai pakaian beragam dan sebagainya.
Keputusan ujibakat tersebut akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Justeru, para peserta perlu mendengar siaran radio IKIMfm untuk makluman lanjut.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top