Setiausaha Negara AS Adakan Lawatan Mengejut Ke Baghdad

BAGHDAD, 9 Januari – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo pada Rabu mengadakan lawatan mengejut ke Baghdad,.

Pompeo yang sedang dalam rangka lawatan ke Timur Tengah bagi meyakinkan sekutu serantau Washington agar terus menyokong AS, walaupun negara itu merancang mengundurkan tenteranya dari Syria.

Menurut sumber enggan dikenali, Pompeo mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen Iraq Mohamed al-Halbusi, selain dijadual bertemu Perdana Menteri Adil Abdul-Mahdi, pegawai tinggi serta beberapa tokoh politik lain. 

Pertemuan itu antara lain dijangka membincangkan mengenai usaha memerangi Daesh dan kedudukan tentera AS di Iraq.

Pompeo berada di Jordan pada Selasa sebelum ke Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Bahrain, Oman dan Kuwait.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.