Setahun Untuk Peraturan e-Hailing Dilaksana Sepenuhnya

SEREMBAN, 21 Oktober – Peraturan baharu yang dikenakan terhadap perkhidmatan e-hailing akan mengambil masa selama setahun untuk dilaksanakan sepenuhnya,

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata peraturan itu telah digazetkan Julai lepas menerusi Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial (Pindaan) 2017.

Jelas beliau ia mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sepenuhnya bagi mendaftarkan syarikat dan kira-kira 100,000 pemandu e-hailing di seluruh negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top