Serangan Udara Di Timur Syria Ragut Lima Nyawa

DAMSYIK – SYRIA, 6 Disember – Sekurang-kurangnya lima penduduk awam terbunuh dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur Syria.

Agensi berita sana melaporkan bahawa serangan berlaku di perkampungan Hajjin di wilayah Dayr Al-Zawr.

Ia menambah, puluhan mangsa cedera dalam serangan tersebut.

Sejak  tahun 2014, AS dan sekutunya telah melakukan serangan udara di Syria kononnya menyasarkan kedudukan kumpulan Daesh tanpa mendapat lampu hijau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber PRESS TV

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.