Semakan Semula Fi Doktor Swasta Ke Kabinet Seminggu Dua Lagi

SHAH ALAM, 19 September – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dijangka membentangkan  semakan semula fi perundingan pengamal perubatan klinik dan hospital swasta di hadapan jemaah menteri  dalam seminggu dua lagi,

Menurut  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah usul itu sedang dibincangkan dengan pelbagai pemegang taruh bagi memastikan masanya adalah tepat untuk menyemak semula fi perundingan tersebut.

Dalam pada itu ujar beliau kerajaan tidak bercadang menyemak semula caj pendaftaran RM1 dan RM5 bagi mereka yang mendapatkan rawatan pesakit luar serta perkhidmatan doktor pakar di hospital kerajaan yang tidak berubah sejak 1982.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.