Sekatan Iran: Jerman Sertai China Kecam Amerika Syarikat

BERLIN, 7 November – Jerman menyertai China dalam mengecam Amerika Syarikat berhubung tindakan negara itu melaksanakan semula sekatan ke atas Iran.

Menteri Luar Jerman Heiko Maas menyifatkan ia satu tindakan yang salah dan menekankan supaya Jerman mempertimbangkan satu perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU) mengenai perkara itu.

Sehingga kini, Jerman dan blok Eropah komited terhadap Perjanjian Nuklear 2015 dengan Iran.

Mereka berpandangan bahawa  ia satu-satunya kaedah rasional memastikan Iran tidak mengembangkan program nuklearnya bagi tujuan ketenteraan.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.