Saudi Tolak Gesaan Senat AS Berhubung Kematian Jamal Khashoggi

RIYADH, 17 Disember – Arab Saudi menolak gesaan Senat Amerika Syarikat (AS) yang baru-baru ini mengundi untuk membahaskan resolusi menamatkan sokongan Washington terhadap serangan negara Arab itu ke atas Yaman.

Menurut Xinhua memetik Saudi Press Agency, resolusi yang dikemukakan Senat AS pada Khamis itu turut menuduh Putera Mahkota Mohammed bin Salman terlibat dalam insiden kematian wartawan Saudi, Jamal Khashoggi.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata tuduhan tidak berasas itu juga, turut mencampuri urusan dalam negara Saudi selain mempersoalkan peranan dimainkan negara itu.

Jelas kenyataan itu lagi pembunuhan Khashoggi adalah satu perbuatan kejam yang langsung tidak mencerminkan dasar Kerajaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top